Pages

Tuesday, July 31, 2012

Akhirnya impian menjadi kenyataan...

Assalamualaikum...

Akhirnya impian menjadi kenyataan...

Alhamdulillah...

Pagi semalam, aku dengan mak dan abang berkesempatan singgah di sini.. Sebenarnya memang dah agak lama aku teringin sangat nak masuk kawasan ni. Asal ke bandar je, mesti mata aku pandang kawasan rumah tu tapi singgahnya tak pernah... huhuhu... Namun akhirnya rezeki itu datang juga hari ni.. Terasa lega di hati kerana hajat kecil aku yang selama ini aku simpan sudah aku lunaskan..

Kami tak jumpapun dengan budak-budak yang tinggal di sini.. Kami cuma jumpa pengurus pusat jagaan ni je, menyampaikan hajat dan bertanya serba sedikit tentang penghuni di situ.. Menurut pengurus tu yang nama diapun aku tak tau, kini terdapat seramai 47 orang kanak-kanak yatim yang menghuni asrama ini.. Masa mula-mula dulu penghuni asrama ni cuma 24 orang sahaja..


Aku masuk kat rumah pertama tu.. 
Mungkin rumah untuk menyambut tetamu kott....


Daripada 47 orang itu, 26 orang terdiri daripada kanak-kanak perempuan dan selebihnya, 21 orang terdiri daripada kanak-kanak lelaki.. Umur mereka pula ialah dari 9 tahun hingga 17 tahun dan mereka semua bersekolah di enam buah sekolah yang berhampiran..

Menurut pengurus itu lagi, sasaran rumah jagaan kanak-kanak ini hanya dari kalangan anak-anak yatim sekitar negeri Pahang sahaja.. Setakat ini anak yatim yang paling jauh tinggal di sini datang dari Bera. Kanak-kanak tersebut kehilangan kedua ibubapa dalam kemalangan jalanraya.. Sedih dengar kisah budak tu.. Mujurlah aku tak jumpa dengan dia.. Kalau tak, tak tau la nak kata apa..

Tadi aku nampak ada beberapa kampit beras, beberapa botol minyak masak dan barang-barang lain kat ruang menyambut tetamu tu.. Mungkin itu semua sumbangan atau sedekah dari orang ramai.. Aku ingat nak ambil jugak satu dua gambar kat situ tapi segan la pulak... Bukan tujuan aku untuk menunjuk-nunjuk.. Tapi sekadar untuk menyedarkan sahaja.. Mana la tau kalau-kalau ada orang yang baca entry ni terbuka hati mereka untuk menderma lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia yang penuh keberkatan ini.. 

Kepada sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan, boleh la rujuk kat alamat kat bawah ni.. Tak pun call je dorang dan tanya macam mana nak sampaikan sumbangan tersebut jika sumbangan itu berupa wang.. Info tentang alamat ni aku ambil dari sini..


Pusat Jagaan Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA), 
Lot 4988, Jalan Cheroh Lama, 27600 Raub, Pahang.
No. Tel:09-3554241/03-42514975



p/s: Bukan senang nak ajak orang menyumbang untuk anak-anak yatim ni, kan... Nak kena pandai pujuk.. Kalau tak pandai pujuk alamat tak jalan la.. Tapi kalau ajak buang duit tengok wayang tu laju je masing-masing... huhuhu...

5 comments:

  1. oh kat Raub je..dekat ler kalau nak pergi sana nanti..tapi tu lah masa suntuk sangat..(alasan je ni kan)...

    ReplyDelete
  2. wah! seronoknya kak? mesti terharu and rasa lega kan? seronok...

    eh eh...pahang ek? :malu

    ReplyDelete
  3. Oh! kt pahang ek kak azz...ju baru je derma tabungan anak2 yatim anjuran ofis ju secara pukal...alhamdulilah...mudah2han dimana2 kita sampaikan sedekah dan zakat akan sama diseratakan seluruh negeri...aminnn.

    p/s bagus kak azz...at least yg mana berdekatan dgn raub boleh singgah utk beri bantuan...bkn skadar bulan ramdhan tetapi berpanjangan dihari2 yg lain...aminnn

    ReplyDelete
  4. Raub tak jauh sangat, insyallah kalo ada rezeki bole le menjenguk dan menderma

    ReplyDelete
  5. buat baik didalas baik...moga jasa kakak menyebarkan mende ni dpt menarik org ramai utk singgah memberi sumbangan...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^