Pages

Thursday, August 30, 2012

Kata dua...

Assalamualaikum...

Kata dua...

Nasi lemak buah bidara..
Sayang selasih hamba lurutkan..
Tinggal emak tinggal saudara..
Kerana kasih hamba turutkan..

Kata dua sudah diberi..
Seharusnya dia mengerti..
Hanya menunggu kata putus darinya sahaja..
Andai kata putus itu tidak menepati kata dua..
Maka terputuslah segala-galanya..

Kerana cinta itu gila...
Kerana cinta itu buta...
Kerana cinta itu nafsu...
Kerana cinta itu lesu...

Fikirlah dengan sebaiknya.. 
Janganlah kerana cinta gila ini semua ikatan terlerai.. 
Dan andainya itu yang berlaku, maka bersorak-sorai la para syaitan serta cucu-cicitnya..

Buatlah pilihan dengan sebaiknya..
Istikharahlah...
Dan ketahuilah bahawa tidak ada seorangpun dari kita yang ingin putuskan tali ikatan persaudaraan..
Namun jika sudah terpaksa, maka terpaksa jua ditempuhi...




 لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui - Surah an-Nisa: Ayat 148

Di sana menanti penuh gembira kerana berjaya mengkucar-kacirkan.. 
Di sini merintih hiba kerana kecewa dikhianati dan teraniaya... 
Semuanya berpunca daripada cinta gila yang kau kejar... 

p/s: Pernah mengalami situasi begini..? Ataupun sedang menghadapinya..? Sila-sila kongsi kisah masing-masing.. Tak salah berkongsi cerita jika tujuannya dengan niat untuk memberi pengajaran.., kan...?

2 comments:

  1. azz..kalau zaman akak duli..nasi lomak buah bidaro tu tak pakai..
    omak dan sedaro totap no.satu..
    tak mano e nak buang2 doh..

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Dalam pengertian bait2 kata akak kali ni.. ^_^

    Setakat ini..ada satu pengalaman ni..sy tak kenal scra direct..cuma tahu kisah hidupnya melalui org tgh.

    Hamba Allah ni memilih org asing sbg teman hidup. Masalah utamanya, dia dah ada dah pasangan hidup..dan org asing ni, pasangan kedua..mereka bernikah senyap2 tnpa pengetahuan sesiapa. Ok, itu cerita normal, bnyk berlaku.

    Yg kasihannya..anak yg dilahirkan..anak ini mereka serahkan pada kenalan org tengah tadi. Dijadikan sbg ank angkat..dari pemerhatian sya..ank angkt ni dijaga dengan baik..tpi dri segi fizikal saja-cukup baju,makan..tpi dri segi kasih syg..agak kurg..

    Bila 'kerana kasih, hamba turutkan', banyak impak buruk kak..yg tak bersalah mcm sikecil tdi pun terkena tempiasnya.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^