Assalamualaikum...
Sessi pemulihan sejagat... :)
Dulu, pokok-pokok bunga aku ni macam hidup segan, mati tak mahu je..
Sebabnya, berpanas gara-gara laman rumah dalam proses penyelenggaraan..
Sekarang semuanya dah selesai..
Dan pokok-pokok ni semua sedang dalam proses pemulihan..
Sedap mata aku memandang..
Dah takde dah daun yang kering meleding...
Sedang sibuk membelek pokok bunga, terdengar sayup-sayup bunyi helikopter..
Ada dua nada bunyi seperti dua helikopter sedang berlegar di ruang udara...
Ya betul... Memang ada dua buah helikopter sedang merempit di angkasa raya...
Aku ni memang teruja sikit dengan spesis yang boleh terbang ni...
Sebab apa, nak naik tak berani, tu yang teruja berganda bila dengar bunyi je...
Hahaha...
Kantoiiii.......!!!
Bukti nampak helikopter.. ehehh...
Lepas belek-belek pokok bunga, sapu laman la pulak..
Hasilnya, dapat la tiga muatan penuh...
Nasib baik ada kereta kaler jingga ni...
Ini je yang termampu...
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan..
Aku cuma punya kereta sorong jingga...
Siapa nak naik, percuma je ni..
Tapi tolak sendiri la...
Hehehe...
Penat menyapu, lepak pulak bawah pokok mangga..
Sambil tu pandang ke atas nak tengok buah yang masak..
Ehh, tetiba ternampak pulak pepatung aka cakcibor ni di hujung dahan..
Cantik, sayap dia kaler merah darah...
Terus teringat masa zaman kanak-kanak sewaktu di kampung dulu...
Selalu kejar pepatung ni kat sawah dan padang bola...
Masa tu suka kejar pepatung jenis helikopter...*definasi sendiri je ni...
Tak tau nak jelaskan macam mana rupa dia..
Yang pasti, pepatung helikopter ni dia punya sayap halus je, tak kembang sangat macam yang sedia ada...
Lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni...
Okay la... Ini sahaja bebelan untuk kali ni.. Kalau ada cerita lain, nanti aku bebel lagi... hehe....
p/s: Kalau orang bebel tu, jangan menjawab... Nanti makin menjadi-jadi dia punya bebel.. Baik dok diam je.. Boleh..?? Tapi kalau orang tu minta pendapat atau bertanya sesuatu yang dia kurang faham, jangan la pulak diam buat tak tau sedangkan kita tau apa jawapan yang dia tanya tu.. Itu poyo namanya... ehhh....!!!
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^