Pages

Tuesday, October 30, 2012

Susah nak tangkap... :D

Assalamualaikum...

Susah nak tangkap... :D

Kisah yang terjadi di sebuah pekan sehari... Yang pasti bukan kat sini.. Ini cerita dari mulut ke mulut je.. ehehh... Samada cerita ni betul ataupun tidak, akupun tak tau... hahaha...

Ada orang tu dia teringin sangat nak makan daging ayam kampung.. Cari punya cari, tak jumpa-jumpa.. Tambahan pulak dia tinggal kat bandar, lagi la susah nak jumpa ayam kampung tu..

Dipendekkan cerita, diapun pergilah ke satu pekan sehari tu.. Jalan punya jalan, akhirnya diapun ternampak la ada orang asli yang jual ayam kampung tu.. Betul-betul tinggal dua ekor je ayam tu.. Tak tau la samada memang cuma ada dua ekor je, ataupun dah tinggal dua ekor je.. 




Lantas, diapun tanya la kepada orang asli tu harga ayam kampung tadi.. Dan untuk memudahkan pemahaman cerita, aku namakan orang yang nak beli ayam tadi sebagai Mamat.. Belasah je la ya... Tak kan nak letak nama Zac Efron  lak... hahahaha...

Mamat: Ini ayam kampung ni kira macam mana ehh..? Kira kilo atau kira sekor-sekor..?

Orang asli: Kira sekor-sekor bang... 

Mamat: Ooo.. Kalau yang ni berapa ringgit? (sambil tunjuk kat ayam yang pertama..)

Orang asli: Yang tu lapan ringgit bang...

Mamat: Yang tu pun lapan ringgit jugak la ya..? (sambil tunjuk pulak kat ayam yang kedua..)

Orang asli: Yang tu duabelas ringgit bang...

Mamat: Aiikk... Apsal pulak tak sama harga...? Besar ayam ni sama je.. Warna bulupun sama.. Ayam ni jenis yang sama, kan...?

Orang asli: Ayam ni adik beradik bang...

Mamat: Habis tu apsal yang ni lapan ringgit, yang tu duabelas ringgit..? (Mamat dah konpius dah.. haha..)

Orang asli: Yang lapan ringgit ni senang nak tangkap.. Yang duabelas ringgit tu susah nak tangkap.. Dia asyik lari-lari je, lepas tu terbang panjat pokok... Penat kejar dia... (dengan selambanya memberitahu..)

Mamat: Pulak dah... Macam ni pun ada jugak... adehh... (sambil tersenyum dan garu-garu kepala...)

Orang asli: Abang nak ke tak ayam ni..? (selamba bertanya..)

Mamat: Boleh la... Bagi la dua-dua ekor tu.... (dah alang-alang jumpa, kan...)


Begitulah al-kisahnya... ekekekekeke...

p/s: Logik ke tak jawapan yang orang asli tu bagi ehh..? Hahahaha... Akupun dok garu kepala jugak ni... adehh...

3 comments:

  1. hahahaha, kelakar, mcm tu pun boleh ke?

    ReplyDelete
  2. errr...kesimpulannye murah ke mahal tuh ek? heheheh~

    ReplyDelete
  3. Kak...diorg mmg macam tu kak. Aritu sha boli potai, dio buleh cakap...pokok batang licin dongan pokok batang sonang panjek.

    Hah!

    Lucah tak bunyi eh tu. Nasib tak terbarai gelak:P

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^