Pages

Saturday, October 27, 2012

The choices we make...


Assalamualaikum...

The choices we make...

Andaikata aku diberi pilihan untuk memilih, aku pasti akan memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik.. Aku rasa semua orang nak yang terbaik hadir dalam hidup masing-masing, kan.. Walaupun pada hakikatnya kita bukanlah jenis 'terbaik' itu dan mungkin tidak layak untuk berada dalam kolompok 'terbaik' tersebut, namun naluri kita pasti inginkan yang terbaik untuk kepuasan diri sendiri.. Bohong la kalau ada yang kata dia nak atau jadi yang terburuk antara yang paling buruk... Nonsense...




Okay, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal yang kat atas tu.. Tu kira mukaddimah je.. hehe.. 

Camni, kalau ada orang yang suruh aku buat pilihan (bunyi macam dia nak bagi kat aku la tu, kan..), samada untuk memilih antara baju baru ataupun novel baru, sudah pasti aku akan pilih novel baru.. Yabedabeduu...!! Ehehh.. 

Kalau baju tu harga dia dalam lima enampuluh ringgit untuk sehelai cuma, dah berapa novel yang aku boleh dapat..? Mungkin dapat dalam tiga buah novel.. Untung dah tu.. Lagi satu, baju tu belum tentu lagi selesa untuk dipakai sedangkan novel tadi mungkin salah satu daripadanya menepati selera kita dan buatkan kita seronok untuk terus membaca.. 

Faham tak apa yang cuba aku sampaikan..? Tak faham...? Buat-buat faham dah la ya.. kihkihkih...

Pendekkan cerita..

Pakai baju baru tapi perangai masih sama, tidak berubah ke arah yang lebih baik, takde maknanya.. Berbeza dengan membaca novel baru, walaupun kadang-kadang jalan cerita setiap novel tu seakan-akan sama dengan novel yang sedia ada dalam simpanan, tipikal, klise, namun cara pengolahan ayat dalam sesebuah novel tersebut yang buatkannya berbeza.. Lagi banyak baca novel, lagi banyak jumpa ayat baru samada berbentuk motivasi, inspirasi, gelihati, sakit hati dan sebagainya...


"Jika kita ingin memadamkan api, maka siramkanlah air. Jika kita ingin menampan angin laut, kembangkanlah layar. Jika kita ingin menang sewaktu bertengkar dengan orang bodoh, maka diamlah.." - Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj -


p/s: Tengah buat listing nak beli novel baru.. Sekarang ni dok ulang-ulang baca novel yang sedia ada.. Antara novel yang sering diulang baca ialah Awak Suka Saya Tak, Pergilah Air Mata, Doktor Cinta, Jodoh Itu Milik Kita, I Love U Stupid, Di Tengah Kabus, Milik Siapa Hati Ini, Laila Azwa Gadisku dan banyak lagi laa... Bagi aku, setiap novel yang aku ulang baca ini ada nilai tersendiri...

3 comments:

  1. hmm..
    tapi baju leh pakai bertahun2..
    novel leh habis baca x sampai sebulan..

    tapi kalau baju dah banyak dan x perlu nak beli yg baru, mmg kyo pun akan kejar buku gak :)

    ReplyDelete
  2. Ooo ayat novel blh gurat aweks..hehe

    ReplyDelete
  3. betul tu dik, kalau diberi peluang memilih pastinya kita inginkan pilihan yg terbaik..namun kadang2 kita tersalah pilih...

    Akak pun sama, akak pilih buku jugak dari baju...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^