Pages

Thursday, November 22, 2012

Pengorek telinga berlampu... :D

Assalamualaikum...

Pengorek telinga berlampu... :D

Pernah korek telinga mak korang tak...??
Hah...! tak pernah...??

Apsal tak pernah lak..??
Hah...! Geli...??

Hamboihh...
Kalau tang korek telinga mak sendiri, geli...
Tapi tang korek duit mak kat dalam bank tu, tak geli pulak, kan...

Tang korek telinga mak, takde masa...
Tapi boleh pulak main korek-korek telinga dengan pakwe/makwe kat tepi tasik...
Caiittt....!!

Okay, itu sekadar mukaddimah sahaja...
Pokok dek ekau la kalau nak sentap ke tidak...
Muahahahaha...

Dulu, aku selalu gunakan putik kapas dengan tweezer je untuk melakukan operasi pengorekan telinga mak aku.. Tapi baru-baru ni masa aku nak korek untuk keluarkan bijih timah dari dalam telinga mak aku tu, abang aku tunjukkan satu alat pengorek yang baru pertama kali aku tengok.. ehehh... 




Apa yang best-nya ialah alat pengorek baru tu ada lampu kat hujung dia.. Kiranya takde la terkial-kial nak cari mana bijih timah tu menyorok.. hehehe... Dengan menggunakan alat ni, kerja nak mengorek jadi mudah.. Sebelum ni aku suluh guna lampu yang ada kat enpon abang aku.. Kadang-kadang guna lampu suluh yang besar gedabak tu.. Memang agak susah la sikit.. Tapi dengan menggunakan pengorek telinga berlampu ni, mudah sikit kerja aku.. 




Aku tengok ada extra mata pengorek yang dibekalkan sekali.. Masa nak korek tu, janganlah korek kuat sangat. Kang patah pulak mata pengorek tu... Lagi haru kalau pengorek tu terkena gegendang telinga. Kang elok boleh dengar, terus jadi pekak. So, kena korek dengan lemah lembut... ehehh.. Lepas korek, jangan lupa bersihkan mata pengorek tu ya.. Off-kan dulu lampu tu baru cuci mata pengorek tu.. Tak kan la nak simpan pengorek yang dah kotor tu macam tu je, kan.. eeeiiiii....


p/s: Jangan buat-buat pekak dah la.. Tapi ramai je yang pekak badak ni, ya tak.. hikkk....

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^