Pages

Monday, December 24, 2012

Awak.....

Assalamualaikum...

Awak.....

Saya tau awak dah jumpa blog saya ini...
Saya tau kadang-kadang awak baca entry yang saya kongsikan kat sini...
Awak jangan ingat saya tak tau aktiviti awak tu.. :)

Awak....
Saya sebenarnya tak kisahpun jika awak baca apa yang saya repekkan kat sini...
Kalau saya kisah, dah lama dah saya private-kan blog saya ni...
Tapi saya tak nak la buat macam tu...
Tujuan saya hanya ingin berkongsi cerita suka duka dengan pembaca...
Cuma setakat itu je...

Cuma, kadang-kadang lain yang saya sampaikan, lain pula yang mereka fahamkan...
Dan sebenarnya, itu yang merisaukan saya...
Bimbang ianya bertukar menjadi salah faham...

Awak....
Sayapun tau awak juga ada blog dan website awak sendiri...
Sayapun pernah jugak termasuk kat blog awak tu...
Tapi cuma setakat itu je la iaitu sekadar baca sahaja...
Takde la pula sampai saya mencanangkan apa yang ada kat blog awak tu pada semua orang kampung...

"Ehh, aku dah jumpa blog kawan kita tu la.. Tak sangka betul dengan dia tu..."
Pelis la awak.... Pelis sangat-sangat jangan guna ayat macam tu...

Awak...
Pesanan saya cuma satu je...
Awak tak perlulah nak bagitau semua kawan-kawan kita atau semua saudara-mara saya pasal blog saya ni...
Tak payah la awak nak bersusah-payah menjadi wartawan bebas tanpa gaji...
Membazir masa awak je, awak tau tak...

Awak...
Saya hormati awak sebagai kawan saya...
Dan saya juga harap awak hormati saya sebagaimana saya hormatkan awak...
Hormat bukan sekadar menundukkan kepala bila berjumpa..
Bukan jugak sekadar berjabat tangan tatkala bersua...
Hormat itu luas pengertiannya...
Sangat subjektif sepertimana subjektifnya perkataan cinta dan cantik itu...

Awak...
Ini hanyalah sekadar pesanan dari saya...
Saya tidak memaksa awak untuk menuruti apa yang saya mahukan...
Cuma, saya harap awak tidak terlebih sudu dari kuah dalam memberikan info...
Jika awak tersilap cerita, boleh jadi satu fitnah...
Awak tau kan apa hukumnya jika sudah memfitnah itu...

Awak...
Maafkan saya andainya saya tersilap, khilaf dalam setiap bicara dan perbuatan saya...
Cuma satu je yang saya pohon, sudah-sudah la bercerita pasal saya...
Saya tak suka dijadikan tajuk utama...
Biarlah orang lain sahaja yang menjadi topik perbincangan awak itu...

 Awak...
Sudah sekian lama saya tidak bermain dengan kata-kata....
Sudah agak kaku untuk saya mencoret rasa...
Dan saya andaikan bahawa pesanan ini hanyalah sekadar satu puisi dari saya...

Terima kasih awak, atas kesudian awak memahami jiwa saya, naluri saya, juga ilusi saya... 


p/s: Geli pulak baca karya sendiri... kehkehkeh...

10 comments:

  1. Assalammualaikum.

    Rindu kat kakazz,hik3. Aaa..geli tak ayat saya ni?hahaha.

    Ini..betul2 karya akk ke..luah prasaan ni.. ada yg kaco akk ea..

    ReplyDelete
  2. Salam, Terbaik drp awak :)
    Semoga ceria sentiasa...

    ReplyDelete
  3. berapa banyak awak daa.. hewhew.

    benda kawan paling tak suka kalo geng2 dok terjumpa blog.. dulu dh jadi sekali, pi mane2 dok tanya.. segan pulak rasanya.. err

    ReplyDelete
  4. sungguh menakutkan kalau ada visitors dari kalangan kawan-kawan ^^

    ReplyDelete
  5. Lana:

    Waalaikumussalam Lana..

    Geli tiak dgn rindu2 ni Lana.. hahaha...

    Ni karya akak la ni... Hakcipta terpelihara.. Tak main la ciplak hak orang, pastu kata hak sendiri... :p

    ReplyDelete
  6. Angah:

    Tak berminat la dengan glamor bagai ni.. Takut nanti lama2 jadi (i)lamor je.. huhu...

    ReplyDelete
  7. akuanakpahang:

    Mekasih ya.. Mudah2an begitulah hendaknya.. Amin......

    ReplyDelete
  8. Fariq Jalil:

    Hai abang kacak lagi.. hewhewhewwww...


    Tu la pasal.. Akak mmg tak suka kalau orang2 yg dikenali dapat tau pasal blog akak ni.. Kalau baca pastu duduk diam takpe la.. Ni dah baca pastu dok menceceh macam mulut murai, kecoh sekampung.. apa celop..!

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^