Pages

Tuesday, January 1, 2013

Jangan lupa namaku...

Assalamualaikum...

Jangan lupa namaku... 

Sebuah kisah yang menarik, yang perlu kita ambil iktibar bila mana pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak, yang terpaksa bercerai gara-gara si isteri sudah tidak mampu untuk menerima cemuhan, tohmahan juga pertanyaan tentang anak daripada orang sekeliling.. 


"Berdua je..? Bila lagi nak bertiga..?"


Perkahwinan selama 7 tahun, rumahtangga yang selama ini sangat bahagia, hancur gara-gara mulut jahat masyarakat setempat sedangkan mereka masih lagi sayang-menyayangi sesama sendiri.. Bukan suami yang minta cerai, tetapi si isteri yang minta dilepaskan kerana tidak mampu lagi untuk menanggung stress...


"Kau tak pandai 'main' tu... tu tak dapat anak lagi tu..."



Jangan lupa namaku by Hananee Amir yang diterbitkan oleh Jemari Seni..


Si suami sarankan untuk ambil anak angkat tapi si isteri tidak mahu kerana dia nakkan anak sendiri.. Selalunya dalam kehidupan realiti, si suami yang ego tak nak ambil anak angkat, tapi dalam novel ni, sebaliknya yang berlaku...


"Kita ambil anak angkat, nak...?" - Aiman

"Bukan anak kita.. Mira nak anak kita.. Kenapa semua orang ada anak..? Kenapa kita tak..?" -  Amira

"Sperm count Encik Aiman okay. Puan Amira pun tak ada masalah. Tiub tak tersumbat, tak ada endometrosis... cyst... semua tak ada. Everything is fine. Cuma..., sebagai orang Islam, kita kena percaya rezeki itu daripada Allah. Cuma masanya belum tiba.."


Dalam novel ini juga dititipkan tentang kesungguhan sepasang suami isteri yang merupakan teman rapat mereka, yang sanggup bersusah-payah membantu mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan semula sahabat mereka yang bercerai itu, mendengar permasalahan mereka kerana mereka juga turut merasa tempias akan perceraian yang terjadi..

"Nak satukan orang yang dah bercerai-berai..., tak positif ke macam tu...?"


Moral of the story, jangan selalu tanya soalan sensitif dan jadilah sahabat yang baik kepada teman kita, bantu naikkan semangat mereka dan bukannya menambah masalah yang sedia ada... Nak tau kesudahan cerita ni, kena la beli dan baca sendiri ya.. Tak kan la nak cerita semua, ya tak...? Kehkehkeh...

p/s: Tanya sekali je dah la.. Yang dok tanya banyak kali tu apa hal..? Kan, tak pasal-pasal aku lak yang hangin... huhuhu... Ni la namanya menghayati jalan cerita novel ni.. ehehh...

..............

SELAMAT TAHUN BARU 2013..
SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH SELALU...
AMIN............

3 comments:

  1. betul betul...

    tanya la soalan yang positif...baru la orang tak sakit hati mendengarnya..

    ReplyDelete
  2. Atau, berilah semangat. Balas balik dengan kata2 positif. True story eh?

    ReplyDelete
  3. GadisBunga:

    Kan... Ni asyik2 tanya soalan maut camtu.. Tak peka langsung pada sensitiviti orang lain... huhu...

    Aziela:

    Itu yang sebaiknya...

    Ehh, ni kisah dari novel yang saya baca.. Bukannya kisah saya... ehehh..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^