Pages

Saturday, November 3, 2012

My new collections... weeeee..... :-)

Assalamualaikum...

My new collections... weeeee..... :-)

Dah lebih dua bulan aku tak keluar ke bandar..
Sejak sebelum puasa hari tu la...
Lamanya, kan...?
Ehehh....

So, semalam keluar ke bandar atas urusan biasa iaitu urusan mak..
Sambil-sambil tu pergi kedai buku dok usha novel..
Senarai dah ada dalam list dah..
Cuma ada lima buah novel je dalam senarai tu...


Semua ni aku yang punya... Kuaci dengan air yogurt tu tak tinggal.. :D


Cari punya cari, jumpa satu je..
Lepas tu terus mintak tokey kedai tu yang tolong carikan..
Dan tokey tadi suruh pulak staff dia yang tolong carikan untuk aku...
Ecehh, sekejap je minah tu jumpa lagi satu novel yang ada dalam senarai tu..
Means dah dapat dua buah novel la, kan..
Kedua-duanya hasil karya Haiza Najwa iaitu Jangan Ganggu Lenaku dan Aku Yang Menanti...
Lagi tiga buah novel yang aku cari dah habis, takde stok dah..
Kecewanya la haiihh... huhuhu...




Lepas tu aku dok rembat je la beberapa buah novel lain..
Mula-mula ambil, belek-belek depan belakang, lepas tu letak balik..
Pastu ambil pulak yang lain, buat benda yang sama jugak, letak balik..
Sudahnya, daripada lima novel dalam senarai, dua dah dapat, terus jadi lapan buah kesemuanya...
Hambekk kauuu... 
Kopak dompet... ehehh..

Alang-alang dah keluar, beli je la..
Lagipun dah lama tak beli novel baru ni..
Last sekali beli ialah novel ILUS tu...


p/s: Masa kat kedai buku tu, ada dua tiga orang budak lelaki dewasa dok pilih-pilih novel ni.. Rasanya jarang kot lelaki yang nak baca novel genre remaja atau terkini ni.. Dorangkan suka layan Manga je.. Mungkin dia beli novel tu sebab nak bagi hadiah kat gelpren dia kot... kehkehkeh...