Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, September 26, 2012

My new baby: I Love U laa, Stupid...!!!

Assalamualaikum...

My new baby: I Love U laa, Stupid...!!!

Yesszzaaaaaaa.....!!!
Posmen baru je datang rumah...
Dok ponponpon bunyikan hon motor kapcai dia...
Pastu akupun keluar la menjenguk...

Ehh, tak menjangka pulak novel yang aku pesan sampai hari ni... Sebab aku ingatkan lambat lagi nak sampai... So, takde la nak mengharap sangat walaupun dah tau tentang penghantaran novel tu... Apapun, alhamdulillah la sebab tersenarai dalam 100 penerima novel yang pertama mendapat novel bertanda-tangan dari penulisnya sendiri.. Mesti lenguh jari-jemari novelis Melur Jelita tu menyain ILUS, kann... hehe...

Ni merupakan novel pertama yang aku beli secara online... Novel ni hasil karya kedua daripada novelis Melur Jelita selepas novel Awak Suka Saya Tak..? Kalau dulu ASST aku beli secara tak sengaja, ikut kata hati je rembat... Tapi untuk novel kedua ni, aku order melalui grup ASST.. Terima kasih pada semua admins yang bertungkus-lumus melayan segala pertanyaan daripada kami semua.. Jasa kalian akan tetap dikenang.. Insyaallah... :)

Jujur aku kata yang aku tak pernah baca cerita ILUS ni kat blog Melur Jelita tu.. Sekalipun aku tak pernah klik link yang berkaitan dengan ILUS ni kat blog tu.. Punya la aku menahan sabar.. Ikutkan hati memang terbakar jugak bila ada beberapa kawan kat grup ASST tu yang bercerita pasal ILUS ni.. Namun aku diamkan diri je... Sabar.. Sabar... Sabar.... huhuhu...

Sebenarnya aku lebih suka baca novel berbentuk buku daripada baca online.. Dapat pegang dan peluk buku tu yang mahal tu... ekekeke... Kalau dapat peluk hero dalam novel tu lagi la syiok... wakakakaka... *menggeletisnya la haii... hehehe....

Oh ya, novel ni setebal  *jap ehh, nak tengok jap.. hehehe... 1389 mukasurat... Pheeewww....!!! Mau patah jari aku kalau pegang lama-lama... kehkehkeh... Harga novel ni cuma RM36 untuk Semenanjung dan RM39 untuk Sabah dan Sarawak dan mungkin jugak Brunei.. Murah sangat bagi aku untuk hasil karya yang menepati citarasa aku... Tapi kalau beli sendiri, aku tak pasti pulak berapa harganya.. Itu kena la tanya sendiri kat Karya Seni.. ehehh...

Okay la.. Mohh la kita layan gambar lak.. Dok layan bebel je satu apapun tak menjadi, ya tak... kehkehkeh...

Jari tu sebenarnya untuk cover alamat dan nombor enpon aku... Jaga privasi maaa... :)


Bukak dah... ehehhh...


The cover of ILUS... Kulit buku ni rosak sikit kat hujung tu.. Tapi takpe la, nanti boleh balut... :)


Ada hadiah lagi tu.. Sayang pulak nak kopek.. ekekeke... Rindu Hilman... huhuhu....


Ni yang mahal ni.. Tanda tangan daripada novelis Melur Jelita.. :-)


Aku belum baca lagi novel ni.. Tunggu malam nanti baru nak mula menyelak satu persatu.. Tak tau la samada novel ni kena sediakan sekotak tisu ataupun tidak macam ASST dulu... hehehe...


Punya la tebal... Salute la kat Melur Jelita...
Aku nak menulis 1 cm novel pun tak lepas-lepas... huhuhu....


p/s: Belum baca lagi dader dah dupdapdupdap... Tu belum jumpa heronya lagi tu... kihkihkih...


Update:
--------------------------


Selebihnya, sila rujuk website Karya Seni atau fesbuk Karya Seni untuk pertanyaan...

2 Tukang Tembak:

mummy_ayu said...

dah sampai dah ILUS awak? best nya..boleh start baca dah .. saya punya lum sampai lagi nie...selamat membava yer..

kenalan dr group ASST..
:-)

cheryna zamrinor said...

waaahhh...boleh masuk kelab bookaholic nieh kak! sangat respect:)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)