Assalamualaikum...
Video: Cara mudah untuk potong 'ekor' siput sedut...
Ramai orang suka sangat makan masak lemak cili api siput sedut ni..
Kalau kena cara masakannya, memang makan tak hengat dunia laa...
Menyedut sampai merah muka.. hehehe...
Dulu, aku potong siput sedut ni guna pisau atau parang...
Lepas tu habis berkecah dapur dengan hujung ekor yang terpelanting masa dipotong..
Satu kerja pulak nak kena mop balik lantai dapur tu..
Buang masa je, kan...
Aku pernah buat entry pasal siput sedut ni dulu...
Dan jugak cara nak potong 'ekor' siput tu...
Tapi yang dulu tu caranya agak konservatif... ecehhh.... hahaha...
Macam tak sesuai je untuk digunakan di zaman serba laju ni..
Ye la, masing-masingkan nak kejar masa...
So, kena la fikir cara yang sesuai untuk potong siput sedut ni...
Kalau nak lagi mudah dan jimat masa, pergi je makan kat kedai..
Takpun tapau bawak balik....
Muahahaha....
So, hari ni dengan rasa tak malu, aku mintak tolong anak sedara aku rakamkan video potong ekor siput ni.. Tersipu-sipu budak tu.. hehehe.. Nak potong ekor siput ni pun kena buat tiga kali action tau... hahahaha... Tak nak la terkeluar suara aku yang bagai buluh nak buat galah... Kalau suara bak buluh perindu takpe la jugak... hikhikhik...
Okay, siapa yang nak belajar potong ekor siput sedut, silalah tengok betul-betul video kat bawah ni.. Lepas tu boleh la korang belajar masak lemak cili api siput sedut ni pulak.. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang duduk jauh dari Malaysia yang teringin nak makan tapi takde jual kat tempat tinggal korang tu..
Fokus kat gunting dan siput je... Jangan fokus kat jari debab tu... ahakk...
p/s: Lepas ni jangan bagi alasan tak tau nak potong ekor siput sedut ni lagi... Jangan guna gunting biasa iaitu gunting dapur tu.. Nanti jari telunjuk melecet dan meninggalkan kesan dan parut.. *pengalaman sendiri.. hehe..