Pages

Monday, January 7, 2013

Bila dah penat...

Assalamualaikum...

Bila dah penat...

Terkadang, bila kita dah penat, kita jadi malas nak ambil kisah akan semua perkara..
Bila ada orang bertanya, kita just diam je, buat tak dengar..
Lagi-lagi bila selalu ditanya soalan lazim, soalan sama sepanjang masa..
Bila ada yang membebel, kita ignore je semua tu padahal kalau nak ikutkan hati, eeeeeiiiii... geram teramat geram...

Tapi tu la, bila dah kepenatan, semuanya jadi lantak la haiihhh...
Biarkan aje si luncai terjun dengan labu-labunya...
Nak bebel ke, nak memekak ke, buat pekak badak je...
Just let it be...
Let it be...

Dan tak berapa lama lepas tu, keluar la bunyi krohhh... krohhh... krohhhh...
Penat je membebel, orang tu dah tidur dah pun...
Siap berkeruh lagi tu...
Kehkehkeh....




Lagi banyak diam, lagi banyak kena asak dengan pelbagai soalan yang merangkumi rangkaian pertanyaan: Kenapa ni..? Apsal..? Sakit ke..? Tak sihat ke..? Marah ke..? Bosan ehh..? Bertambah-tambah penat jadinya... Kesian la kat otak yang nak kena fikir untuk beri jawapan.. Kesian la kat badan yang berhempas-pulas bekerja seharian..

Kalau dah terlampau malas nak jawab, bagi je nota macam kat atas ni... Pastu kat bawah sekali, tulis la camni; 

I'm really tired to answered all of the stupid questions and I need a rest... 


p/s: Ada faham...? Konpem tak akan faham punya.. Lagi panjang berjela dia punya skrip ada laa.. Kesian kat telinga yang mendengar.. hahaha...

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^