Pages

Monday, January 7, 2013

Tanda amaran.. :D

Assalamualaikum...

Tanda amaran.. :D

Khas untuk mereka yang tangan panjang atau yang tidak pandai nak meminta izin kepada tuan punya barang, atau orang yang meminjam tetapi tidak tahu untuk menjaga barang yang dipinjam itu dengan sebaiknya tanpa mengira siapa orang itu.. Mungkin orang itu terdiri daripada kaum keluarga kita sendiri, kawan-kawan kita, jiran tetangga kita dan sebagainya.. 

Entry ini adalah secara umum dan bukannya ditujukan kepada sesiapa... Tetapi andainya ada yang terasa, aku minta maaf banyak-banyak.. Pada pendapat aku, eloklah difikirkan apa tindakan yang wajar diambil jika  kita bersikap buruk macam tu... 

Actually, aku bukanlah jenis yang kedekut.. Cuma aku tak berkenan nak tengok orang yang ambil dan baca koleksi novel aku ni, buat sesuka hati dia je kat novel tu.. Langsung tak pandai nak jaga.. 




Kalau dia rasa nak campak, dia main campak je.. 
Kalau dia rasa nak letak merata-rata, dia main letak je ikut sempat dia..
Kalau dia rasa nak lipat kat satu-satu mukasurat tu, dia main lipat je..
Takde inisiatif langsung nak ambil benda lain macam pensil or pen or anything untuk dijadikan penanda sementara...

Kepantangan aku betul bila orang buat barang aku macam tu...

How about you, my dearest readers..?
Adakah sama macam aku atau korang jenis tak kisah...?
Kalau kata tak kisah, jangan pulak dok soksek, dok potpet kat belakang...
Kalau dah namanya tak kisah, korang kena diam dan redha je bila orang perlakukan barang korang sesuka hati mereka je.. 
Boleh buat macam tu..??
Tabik spring laaaa kat korang kalau boleh tahan sabar.. ehehh...


p/s: How can I respect your things if you can't do the same for my stuff...? Try to read it here... 

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^