Pages

Sunday, January 20, 2013

Virus 'free' yang semakin menular...

Assalamualaikum...

Virus 'free' yang semakin menular...


Macam-macam virus free ada kat fb sekarang ni.. Cepat betul virus ni menular.. Ada virus pasal enpon free la.. Pasal topap free la.. Pasal aiskrim free la dan macam-macam lagi yang free.. Lepas tu ramai pulak yang gatal tangan pergi klik link tu.. Al-maklum la kan, benda free.. Semua laju je meng-klik... Takut kalau lambat nanti tak dapat.. Nasib baik kat page aku tu takde benda macam tu masuk.. Kalau ada, konpem aku block terus orang tu..


Nak kencing kat toiletppun kena bayar beb.. Tak kira la toilet tu wangi ataupun hancing.. Lain la kalau ko kencing dalam semak, memang la free.. Silap-silap haribulan, kena patuk free dengan ular... Baru ko rasa...


Lagi satu, ada jugak orang yang kencing kat surau atau masjid.. Masuk kawasan masjid sebab nak melepaskan hajat je.. Kalaupun belum masuk waktu untuk solat, apa la salahnya masukkan singgit dua kat dalam tabung masjid tu... Air yang korang guna untuk cebuk tu pun kena bayar.. Pihak masjid yang tanggung. Bukannya free macam tu je.. Sendiri mau ingat la..


Maaf la cakap, aku memang tak berkenan dengan mentaliti orang macam ni.. Bagi betis nak peha.. Jenis manusia yang tak pernah nak bersyukur.. Mana nak cukup dengan apa yang ada kalau kerjanya asyik bersungut je.. Lepas tu dok bising-bising cakap, orang yang kaya semakin kaya, orang yang miskin semakin miskin... Nak kaya, usaha la lebih sikit.. Kalau mengampu dan menghasut je kerjanya, sampai bila-bilapun tak kaya.. Kaya dosa je..


p/s: Semua nak free.. Pelempang free tak nak ke...? Ada jugak jenis manusia yang terima pelempang free ni asalkan lepas dia kena lempang, orang yang melempang tu bagi dia duit...

3 comments:

  1. Ampu,bodek,cross over,con man. dll adalah orng2 yg berusaha utk jadi kaya.Pakai air liurpun boleh jadi kaya,taw.Sepatutnya kreativiti,idealisme,inovasi hanya pendorong bagi mereka yg berusaha + banyak wang utk terus menjadi kaya.

    ReplyDelete
  2. mendalam maksudnya ni.. byk cara/maksud yg boleh difahami kat sini.. haha

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^