Pages

Tuesday, February 12, 2013

Cendol singgit...

Assalamualaikum...

Cendol singgit...


Pada sesiapa yang suka minum cendol, boleh la cuba singgah kat gerai(?) cendol yang terletak berhadapan dengan masjid Bentong ni.. Cendol ni murah je.. Satu bekas plastik tu harga dia cuma singgit je.. Dah la sedap, murah pulak tu. So, apa lagi.. Cepat-cepat la serbu hoiii... hehehe..

Banyak jenis minuman yang dijual kat gerai tu tapi kalau aku singgah, selalunya aku beli cendol je.. Selalunya aku beli dua bekas untuk aku sorang je.. Mana cukup satu bekas je... ehehh.. Ada jugak dijual keropok lekor yang baru digoreng.. Satu kombinasi yang baik tu.. Cendol yang sejuk nyaman dipadankan dengan keropok lekor panas.. Pergghhh...!!! Terangkat kening okay.. Kalah kening akak Ziana Zain kita tu.. ehehhh...




Lokasi gerai cendol ni senang je nak cari.. Dari Kuala Lumpur, masuk bandar Bentong.. Nampak Hospital Bentong, diikuti dengan Dataran Bentong dan gerai ni betul-betul berhadapan dengan dataran tu.. Kalau dari arah Raub lagi la senang nak nampak.. Tak payah cakap la haiihh... hehe... 


Kiranya kalau nak rehat lama sikit, nak regang-regangkan urat setelah memandu lama dalam perjalanan,  boleh la lepak sekejap kat dataran tu.. Tapi jangan lupa, segala sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah ya.. Jangan kotorkan bandar Bentong ni.. Dah kenyang, boleh la tunaikan kewajipan kat masjid di atas bukit tu.. Amin.. :)


p/s: Sekian entry jalan-jalan cari makan untuk kali ini.. Jumpa lagi di lain masa dalam segmen yang sama... Wahahaha... ngokngek je... 

3 comments:

  1. AZZ..JAUH BOTO KOK AKAK NAK POI MINUM CENDOL SINGGIT HE HE

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Cuti CNY baru ni..saya pi jenjalan kat mlaka..dgn hrpn dpt makan cendol..

    Skali sampai sana,punya la rmai tahap fantastik manusia kat sna..rmai giler org pi mlaka time cuti2 camni..sabo je,huhu.

    Smpai hari ni,sy still kempunan cendol kak..huk3

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^