Assalamualaikum...
Luka di jari nampak berdarah... aduhduhduh...
Hanya kerana pengupas kentang, sekelip mata sahaja hujung jari aku dah berdarah...!!!
Panik sekejap bila tiba-tiba je tengok darah yang laju keluar kat hujung jari tu.. Mujurlah aku tak pitam.. huhuhu.. Kenapa boleh jadi macam ni..? Okay, mehh aku nak cerita sikit naaa... hehh...
Aku ternampak ada sebiji buah betik yang dah masak kat pokok. Terus je aku petik walaupun buah betik tu dah berlubang sikit kesan daripada patukan burung.. Rasanya takde kuman yang melekat kot...ehehh... Sayang pulak nak biarkan buah betik tu membusuk macam tu je kat atas pokok tu, tu yang aku petik tu.. Lagipun lubang kesan patukan burung tu bukan la besar mana.. Lain la kalau tupai atau tikus yang buat lubang tu..
Tambahan pula cuaca sekarang ni agak panas berbahang.. Kalau dapat makan buah-buahan tempatan macam ni, mesti sejuk sikit anak tekak yang kering ni, kan... Itu yang sempat aku bayangkan... heee...
Lepas tu, terus je aku buang bahagian yang berlubang tu dan kupas kulit betik tadi dengan menggunakan pengupas kentang. Mula-mula tu laju je kupas.. Lepas tu, macam sangkut sikit dan akupun terus tolak laju pengupas tadi ke bawah.. Dengan tak disangka-sangka, tolakan tadi terlajak dan terkupas pulak kulit jari telunjuk aku ni.. huwaaaa... Terus berhenti mengupas dan jerit-jerit panggil anak buah, tanya ada minyak gamat ke tak.. Plaster memang takde la.. Fisrt aid lagi la ke laut.. ahahaha...
p/s: Sebab tu kita tidak digalakkan untuk melukakan hati orang sebab kita tak tau bagaimana tahap denyutan yang orang tu rasa... Tapi kalau dah terbuat, nak buat macam mana, kan... Minta maaf je la..., ehehh...
betul tu...luka di hati hanya Tuhan yang tahu...jangan melukakan hati sesiapa terutama suami terhadap isteri huhuhu
ReplyDeletewalaupun sikit je luka tu tapi mmg laju darah tu keluar... kasi minyak gamat pas tu lap jangan basuh je... nanti susah nak berhenti!
ReplyDeletesompek laie ambik gambar tu..kok kaka tak do lah..mesti copek2 lotak jari tu bawah air lalu kek paip tu..biar tak nampak darah he..ngori azz kok nampak darah ni
ReplyDeleteouch! nyerinye tengok...
ReplyDelete