Pages

Thursday, February 28, 2013

Petua untuk semua, bukan untuk yang muda sahaja.. :)

Assalamualaikum...

Petua untuk semua, bukan untuk yang muda sahaja.. :)


Tengok WHI dan ada sedikit petua yang diberikan. Lepas tu, tambah sedikit dengan petua yang ada dalam novel dan majalah yang aku baca.. Jika nak mencuba, silakan.. Tak cubapun tak mengapa.. hehh..


1) Selepas bancuh kopi, tunggu sehingga 20 minit, kemudian barulah boleh diambil hampasnya untuk dijadikan scrub badan.. Hampas kopi juga boleh melembutkan tapak tangan.. Amalkan selalu..


2) Ambil timun, kisar dan kemudian campurkan dengan garam. Selepas itu lumurkan di badan yang ada parut ataupun bekas jerawat..


3) Ambil perahan air lemon, campurkan dengan sedikit madu lebah dan putih telur, kemudian sapukan di serata wajah sebagai mask.. Biarkan kering beberapa minit dan bilas. Lakukan dua kali seminggu.. (Kalau takde lemon, boleh gunakan perahan air buah limau purut)..


4) Kisar timun dan carrot, tapis, ambil airnya dan minum. Jika tak boleh nak telan, boleh tambahkan sedikit susu pekat.. Sesuai untuk menyejuk dan melangsingkan badan.. (Kalau perut tak tahan, memang akan menulet aje laa.. hahaha...)


5) Ambil satu sudu teh susu pekat manis, bancuh dengan sedikir air suam dan sapukan di serata wajah untuk melembutkan kulit wajah.. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih. (Pastikan tak kena gigit dengan semut... hehehe.. Aku pernah buat ni.. Lepas cuci, muka rasa macam gebus je.. Tapi tu la, aku ni agak malas nak belek-belek muka ni.. hehh...)


Tak payah la nak pakai krim pemutih wajah segala tu.. Buat rosak muka je.. Bila muka dah rosak, lagi susah nak rawat.. huhuhu... Biar muka nampak buruk asalkan asli daripada muka nampak cantik tapi surgeri.. ehehh.. Tapi kalau muka tu memang bermasalah seperti jerawat batu yang teruk dan bernanah, eloklah pilih krim yang bersesuaian dengan kulit muka...


p/s: Aku nak tepek bedak kat mukapun malas.. Kadang-kadang je tepek tapi tak lama lepas tu cuci balik.. Tak selesa, rasa kesat semacam je muka.. huhuhu..

8 comments:

  1. salam azz..yang ponting..kono rajin kan..

    ReplyDelete
  2. kalau sy amalkan ni bertambah2 kacak la sy nanti, bukan kata anak dara, janda pun paling kurang menjeling.. ehee

    ReplyDelete
  3. tp yg guna lemon or limau nipis tu mmg bagus..ramai org buat.. :)

    ReplyDelete
  4. senang je nak cantik ni kan...tu la yg jd masalahnya sebab MALAS

    ReplyDelete
  5. Muka ceria dan sihat..

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum.

    Kak, kalau timun tu, saya pernah lenyekkan timun, campur ngan madu, pastu sejukkan kejap dlm peti.

    Pastu lumurkan kt muka..basuh2 je, perghhh, rasa segor giler,hahaha

    Satu lagi yang pernah sy amalkan, guna telur sbg masker. Mula2, sapukan putih telur, untuk tujuan tegangkan kulit. pastu dah kering, basuh. Then, sapu plak kuning telur, zat dlm kuning telur lebih kepada untuk melembapkan kulit.

    Best. Fresh je rasa.. suka buat masker,hehehe


    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^