Assalamualaikum...
Dah selesai dah....
Dah selesai dah mengundi.. Dah tau dahpun keputusannya.. Namun masih ramai lagi yang tak habis-habis nak protes sana sini, nak pertikaikan itu ini, nak timbulkan isu begitu begini.. Suka hati korang la haiihh... Sakit kepala nak melayan karenah yang entah apa-apa ni.. Semak...
Salah satu isu yang diperkatakan ialah mengenai dakwat kekal.. Akupun tak faham kenapa isu ini diperbesar-besarkan.. Ada yang kata dakwat tu tak kekal.. Cuci dengan air paip je terus hilang. Secara logiknya, mana ada yang kekal.. Kalau setakat nak tahan lama sikit tu mungkin la kot... Ataupun mungkin ada yang fikir dakwat tu kekal sampai pilihanraya akan datang...??
Selepas balik dari mengundi.. 5/5/2013
Hari ini masih ada lagi sisa-sisa dakwat tu.. Akupun mandi jugak.. Akupun cuci pinggan mangkuk jugak.. Yang peliknya, macam mana ada orang tu sampai betul-betul bersih kuku dia, tak nampak kesan dakwat yang tinggal. Dia sental dengan apa ehh sampai bersih macam tu.. Ke, dia tak pergi mengundi.. Pakat main celup je jari tu dengan dakwat yang dia beli sendiri...?? Orang yang suka bertekak dan bertelagah ni akal dorang memang luar biasa sikit.. Sentiasa menjalar mencari idea... :p
Hari ni.. 7/5/2013
p/s: Dah la.. Malas dah nak melayan semua ni.. Kalau ada yang kata entry aku ni macam bangang ke, macam gampang ke, lantak korang la..
kesan dakwat kt jhari angah masih telekat dicelah kuku...
ReplyDeleteade sikit kaler2 biru tepi kuku... x comel dah kuku..hahahha
ReplyDeleteye le kan..ntah kenapa la dorang nie..kat jari shida nie masih ada lagi saki baki di tepi2 kuku...kat kuku mmg dah xde lagi.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya punya pun serupa mcm akk :)
Saya pun tak faham kenapa isu dakwat kekal boleh berlanjutan lama..kenapa kita suka memanjangkan suatu isu.
yang cepat hilang tu sy tak pasti tapi sy petugas spr, jari sy memang kena dakwat tu, sehari juga la br hilang..kat tempat sy sampai buat repot polis tau kes dakwat tak kekal kat jari...
ReplyDeleteOh my menicure!
ReplyDeleteHehe...sampai hari ni, kuku ckLah belum bersih semula. Ada kesan lagi.
hi.I am blogwalking.
ReplyDeleteIf u want to be a glampreneur like me,do visit my blog http://nolyanna.blogspot.com/