Pages

▼

Wednesday, May 1, 2013

Kawal...

Assalamualaikum...

Kawal...


Bukan semua orang boleh memahami apa yang kita sampaikan.. Ada jenis yang cepat faham, ada jenis yang lambat pikap, ada jenis yang buat-buat faham, ada jenis yang sampai sudah tak faham-faham.. Lagi sadis bila ada jenis yang dah la tak faham, lepas tu dok buat-buat faham, lepas tu dok sebarkan ketidakfahaman tadi merata-rata..


Mungkin kita juga termasuk dalam kategori sebegini samada disedari atau tanpa disedari kerana kita gagal mengawal perasaan..




Salah faham ada di mana-mana.. Sentiasalah berlapang dada.. Jangan mudah melenting.. Kalau dah mula ada rasa nak hangin tu, eloklah jangan pandang.. Belajarlah untuk kawal emosi agar tidak terus dilanda depresi..




p/s: Hati sendiripun susah nak faham, susah nak kawal. Apatah lagi nak fahami dan kawal hati orang lain.. huhuhu...

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^