Assalamualaikum...
Coklat lagi.. :)
Stok bar coklat masih ada lagi dalam freezer. Tu yang buat tu. Lagipun dah lama dah aku tak buat coklat ni.. Coklat ni aku buat untuk mak aku yang kadang-kadang takde selera nak makan nasi dan badannya akan menggigil kerana diabetis..
[sumber]
Satu bar coklat tu cuma dapat tiga tray ni je. Itupun ada satu lubang yang tak berisi. Kalau buat betul-betul rasanya boleh dapat tiga tray penuh. Tapi disebabkan kojo yang tak senegheh, maka macam ni la hasilnya..
Bersememeh habis.. hehh..
Selagi boleh kaut, kaut kasi habis..
Kalau dah tak boleh nak kaut dengan sudu atau senduk, kaut pulak dengan roti ni haa.. Jangan membazir.. Dah la coklat tu mahal.. Takkan la nak terus basuh bekas tu, kan... Sayang la nak buang.. Kalau ada anak-anak buah kat rumah ni, dorang rajin colek coklat tu dengan jari, pastu jilat.. hehe..
p/s: Coklat dah selamat masuk freezer untuk dibekukan.. Lima minit lepas tu dah boleh makan dah.. Cara nak masak coklat ni ada kat link ni.. Sila la klik.. Terima kasih.. :)
betul tu, jgn membazir, kesat sampai licin...
ReplyDelete