Pages

Friday, June 14, 2013

Kuih gunting guna mesin..

Assalamualaikum...

Kuih gunting guna mesin..


Petang tadi mood aku agak ke laut. Buka plastik tiga buah novel tapi semuanya macam tak lalu nak baca.. Mujur juga sebelum tu dapat potong kain sepasang. Lepas tu, terus mood menjunam masuk celah manapun tak dapat nak cari dah.. hahaha..


Oleh itu, sekejap tadi akupun masuk la ke dapur. Plan nak buat kuih gunting ni semalam tapi masa tu tepung tak mencukupi sukatan yang diperlukan. Hari pulak dah nak senja. Jadi, malas la nak susahkan abang aku untuk pergi kedai. So, hari ni bekalan tepung dah ada. Maka, akupun mula la buat projek sorang-sorang kat dapur. Berpeluh-peluh dibuatnya.. Cuaca pulak punya la berbahang walaupun dah malam..




Lapikkan bangku tu dengan plastik.. 


Jangan gusar bila tengok dia melekat. Nanti bila dah kekuningan dalam kuali, boleh dipisahkan. Cuma kena berhati-hati la ya takut nanti minyak panas tu terpercik ke tangan..




Okay, dah boleh kudap sambil mengadap laptop.. :)


p/s: Seperti biasa, resepi ada kat blog dapur aku tu. Sudi-sudikanlah menjenguk dan mencuba resepi ni ya.. Terima kasih.. :)

4 comments:

  1. Saya dapat rasa.. aura akak takda mood skrg ni,hahahhaa

    Salu akk mesti update gambar latest novel yg baru/sdg/sudah baca..tpi dua menjak ni, diam je..hehhehe :D

    Betul tak,betul tak?hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya dapat rasa akk takda mood lately.. sebab salu akk mesti update novel2 yg akk baru/sdg baca..takpun, update resepi/buat roti.

    Tapi, dua tiga menjak ni, kurang,heheheh :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya dapat ngunyap masakan sendiri

    ReplyDelete
  4. owh, ni nama dia kuih gunting ka? xtau lak, tp sedap,,hehe

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^