Pages

Tuesday, July 2, 2013

Besar vs Godang...

Assalamualaikum...

Besar vs Godang...


Besar tak nenas ni...? Ke, godang..? Sama je... hehh..

Nenas ni kakak aku yang kat Nilai tu kirim kat kakak ipar yang balik Senawang minggu baru ni. Nenas ni tak masak lagi tapi nanti kalau dibiarkan kat pokok, takut ada pulak yang merembat.. Dah kebetulan kakak ipar balik, tu yang kakak aku kirim kat dia tu, suruh bagi kat Omak..




Aku takde la nak timbang berapa kilo nenas ni. Dulu pernah jugak makan yang dah masak. Manis sangat rasa dia.. Bak kata orang Negeri Sembilan, moloceh dek manih ehh.. haha.. Masa tu buah dia lagi besar daripada ni sampaikan kena sangga dengan batang kayu. Kalau tak disangga, nanti tangkai nenas tu patah dan sudahnya nanti masak layu macam tu je....




Pokok nenas ni abang ipar aku yang tanam.. Abang ipar aku tu memang rajin menanam.. Tapi tu la, kesihatan dia tak berapa nak sihat.. Itupun dia buat jugak kerja-kerja menanam ni sebab dia dah pencen.. 




Tu dia.. Siap gandingkan lagi dengan botol minyak masak Saji tu.. Konon-konon nak tengok mana lagi besar la tu, kan.. kehkehkeh.. Kalau rajin boleh buat jem untuk biskut tart gulung.. Masalahnya, aku tak rajin. Nak buat jem pun aku malas, inikan pula nak buat biskut tart gulung tu.. Alaaaaaaahaaaiiiiiiii je laa.. ehehh..


p/s: Kena peram dulu la nampak gayanya.. Kalau la aku takde gastrik, dah lama dah aku pulun nenas ni.. Ni terpaksa la tahan selera... huhuhu...

5 comments:

  1. Masak lomak cili api podeh2, masukkan ngan ikan talang masin. Aduhai... memang tak bangun2 la makan eh...

    ReplyDelete
  2. Salam.

    uii, memang beso jugak.. akak salu nenas masak pa? kita sini biasa buat pajeri je..eh, mmg buat pajeri je pun,huhu

    ReplyDelete
  3. makan muda pun best tau kak, cicah ngan kicap...slurppp

    ReplyDelete
  4. besarnya.... buat masak lemak cili api ngn ikan kering sedap tuuuu....

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^