Pages

Monday, July 29, 2013

Biskut raya pertama untuk tahun 2013..

Assalamualaikum...

Biskut raya pertama untuk tahun 2013..


Aku baru je selesai buat biskut ni.. Entah apa nama biskut ni entah.. Rasanya resepi macam biskut coklat chip.. Banyak sangat resepi yang ada coklat chip sampai tak tau mana satu yang betul.. Hentam saja la labuuu... Asalkan jadi biskut dah la.. hehe..





Aku mula masuk dapur dalam pukul sebelas lebih.. Itupun sebab dah terjaga dari tidur.. haha.. Tapi memang dah plan nak buat biskut ni. Dah siap keluarkan butter dari awal lagi.. Dalam pukul empat lebih (pagi), baru selesai membakar dan mencuci perkakasan. Siap mengemas dan mop lantai sekali..


Tak suka la nak tengok dapur berkecah-kecah ni sebab kalau dibiarkan, esok aku jugak yang nak kena kemas.. So, siapkan terus mengemas, baru boleh buat kerja lain pulak..




Dapat la dalam 9 buah balang kecil.. Jadi la.. Buat syarat je buat biskut raya.. haha.. Tahun lepas aku buat biskut macam ni jugak.. So, tahun ni buat lagi.. Malas dah nak try and error untuk resepi lain.. Tak sempat nak mencari apatah lagi nak mencuba.. Resepi biskut ni rasanya ada kat blog dapur aku tu.. Kalau rajin, pergi la cari sendiri kat kotak search tu ya.. Kalau malas, tak payah cari.. hahaha..




Nanti masa raya, keluarkan je balang kuih ni. Takde dah nak masukkan dalam bekas kaca ke, apa ke.. Bekas kaca tu nanti untuk isi biskut raya yang kaum kerabat bawak balik sini.. Itupun kalau ada la.. Kalau takde, apo nak dikato.. hahaha..


p/s: Okay la, mata akupun dah mula nampak bintang dah ni.. zzzzzzzzzzzzzzzzz...... 

3 comments:

  1. Azz..akak d ah siap 9 jenih..tapi buek satu adunan yo.untuk budak2 ni makan.anakakak ni suko makan biskut

    ReplyDelete
  2. smangat raya dh dtg dh..
    pasni braper jenis ler ada kt umah tue..
    hehe..
    nmpk sodap :)

    ReplyDelete
  3. bila kita buat sendiri kuih ni,nanti bila orang datang rumah makan,segala letihnya hilang...rasa bangga pula timbul...seronoklah nanti

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^