Assalamualaikum..
Cara nak bersihkan/licinkan permukaan sterika yang melekat/melekit..
Pernah tak terjadi bilamana korang nak gosok baju, tiba-tiba je sterika tu melekat kat baju korang tu. Silap haribulan, berlubang terus baju tu.. Pernah..? Banyak kali terjadi? Tau tak macam mana nak men-nyah-kan cebisan kain yang melekat kat permukaan sterika korang tu..? Bagi yang dah tahu, alhamdulillah.. Mana yang tak tau, jangan risau.. Mehh sini akak nak bagitau sikit petua yang akak gunakan..
Hari tu ada la perbincangan pasal ni bilamana seorang ahli grup bertanyakan tentang sterika dia yang dah hitam dan melekat. Pelbagai petua yang geng kat situ kongsikan termasuk la aku.. Nak jugak menempel tu.. haha.. Ilmu jangan kedekut, okay.. hehh..
Apa yang perlu dilakukan ialah sediakan lilin.. Kalau takde lilin yang besar tu, guna lilin kecil yang letak kat kek besdei tu pun takpe.. Janji namanya lilin.. Lepas tu, tengok la video kat bawah ni.. hehehe.. Susah payah aku buat video ni semata-mata nak kongsi ilmu.. Sodih den kalau takde yang nak tengok.. huhuhu... *berlakon jap.. haha...
Sterika aku ni tak hitam tapi melekat sebab mungkin tergosok kain yang ada kesan gam yang datangnya daripada batu hiasan yang dibuang kat baju tu.. Gosok sterika yang berlilin tu kat kain lain.. Jangan pulak terus gosok kat kain alas ironboard tu..
Dulu tak tau jugak pasal ni. Dok bebel-bebel je la.. Kadang-kadang rasa nak menangispun ada sebab baju tak dapat nak gosok.. Sejak menjadi tukang jahit ni baru la tau..
Banyak petua yang diberi untuk membersihkan permukaan sterika yang hitam atau melekat ni. Antaranya gunakan garam kasar dan gosok kat permukaan sterika yang hitam atau melekat, gunakan daun pisang dengan cara gosok sterika tu kat permukaan daun pisang tu sampai la tanda hitam tadi hilang, ramai yang cadangkan guna lilin sepertimana aku cadangkan dan tak lupa jugak ada yang kata suruh beli sterika baru.. huhuhu....
Haiihhh, agak-agak la kalau nak berguraupun, kan.. Lain la kalau sterika tu memang dah tak boleh digunakan langsung, opkos la kena beli baru.. Ni sekadar melekat je, masih boleh diusahakan untuk membersihkannya..
p/s: Belajar dari pengalaman.. Jangan takut untuk mencuba benda baru as long as benda tu tak membahayakan seisi alam..
ooo...guna lilin ye...ok...tq
ReplyDeletejaa penah tjadi baju kena "mkn" dek sterika. cara ja buat mcm ni. buka volume/suhu seterika yg tinggi pastu gosok di bhagian blkg sejadah yg kesat tu.... hihihi... hasilnya sterika jd comel, blkg sejadah jadik comot.... hihihi... btw tq share tips ni kak. pasni boleh jaa try.
ReplyDeleteCamne nk guna lilin tu ye?xleh play video tu..
ReplyDeleteUmmi Arissa:
ReplyDeleteSama-sama.. Mudah sangat guna lilin ni..
Jaa Kechik:
Ahaha.. Guna je mana-mana tips yang kita rasa berkesan..
Lily:
Aiikk... Okay je boleh play video ni..
Caranya, panaskan dulu sterika tu.. Pastu tenyehkan lilin pada kawasan yang melekit... Kemudian, gosokkan sterika yang masih panas ada lilin tadi pada kain atau iron board yang dialas dengan kain lain.. Buat berulang kali.. InsyaAllah, kesan melekit tadi akan hilang dan sterika tidak lagi melekat..
Thank u.good info.saya share.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ilmu
ReplyDeleteIt works! Alhamdulillah...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
Alhamdulillah.. Menjadi gn lilin.. Bg yg gn seterika non stick ... Jgn gn kaedah garam ya walaupun garam halus.. Nnt habis calar... Sy dah try cara tu.. Calar hbs.. ��
ReplyDeleteGuna lilin petua yg paling terbaik...
ReplyDeleteSaya kasi 5 🌟🌟🌟🌟🌟