Pages

Tuesday, July 9, 2013

Lado api...

Assalamualaikum...

Lado api...


Ni pokok cili padi aka cili api mak aku. Mak aku tak sebut cili padi. Cili apipun dia tak sebut. Dia sebut lado api.. haha..




Pokok lado api ni kalau ditanam beria, tak maun deh hidup gomok dohh. Mesti tak somonggah ghoman ehh.. Daun kerinting la.. Buah dia lembik busuk la.. Tak tau kenapa...




Tapi bila main campak je biji cili tu merata, ehh, elok pulak dia tumbuh. Menjadi pulak buah dia tu. Gemuk pulak pokok dia.. Cuba kalau alih anak pokok tu kat tempat lain, dalam pasu ke, tengok la nanti apa yang jadi.. Sekejap je dia subur. Pastu nanti pokok tu macam hidup segan, mati tak mahu..




Yang hairannya, semut api pun suka melekat kat pokok lado api ni.. Kalau dah ada semut api tu, alamatnya tak lama la umur pokok tu.. Tak tau nak sembur racun apa untuk halang semut api tu dari berumahtangga kat situ.. Hari tu ada yang bagitau supaya letakkan kulit bawang kat pokok tu. Aku dah cuba buat dah tapi tak perasan pulak semut tu ada lagi ke tak.. Lupa nak pergi tengok.. hehe..


p/s: Siapa ada petua nak tanam dan jaga pokok lado api ni, boleh la share.. Terima kasih... :)

7 comments:

  1. eh sukanya tgk pokok cili ;)
    dulu sy pnah tanam 10pokok cili kat laman.mmg pelik org tgk sbb tanam pokok cili mcm tanam pokok bunga.tp bila berbuah, rasa seronok sgt..

    ReplyDelete
  2. angah tak tahulah petua nak jaga pokok cili padi, sebab kat rumah mama kt kampung pokok ni hidup subur berdikari, tak pernah jaga pun...

    ReplyDelete
  3. tangan saya ni tak lekat tanam cili api dalam pasu,sudahnya minta kat jiran je kalau terdesak takde cili api,kalau tak beli je sepot RM2 kat pasar...

    ReplyDelete
  4. Tangan den paneh kak. Campak ko..tanam ko...siramkan bajo ko...pokok sumuo eh Innalillah yo...

    ReplyDelete
  5. Salam...kat umah akak belakang, depan..banyak pokok "cabai burung"..halus2 jer buahnya... pokok ni tumbuh leps knduri kahwin akak dulu...mak cakap ..burung yg bawa benih pokokni..sbb tu merata2 keliling umah adaa...pedas jgn cakap..tapi yang pelik..burung mmg makan cili ni...
    kat umah pggei cabai burung -loghat org Penang.

    ReplyDelete
  6. assalam azz..cubo tumbuk an balik lado apo tu..lopeh tu masuk an dalam boto spray tu..boah air..spray an balik kek pokok tu..buek yo bawang putih ngan halio kali..sembor an kek poko yang ado somut tu..mesti somut tu tak tahan punyo podeh kono mato e lari la deh..buek selalu sampai abih somut tu lari

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Seronok plak saya baca komen acik erna, heh3. Dah kena buat selalu plak guna cara tu..

    Saya takda tips nak share kak..heehe.

    Akak..nak ambik kesempatan ni, saya minta maaf banyak2 kalau sepanjang kita kenal dialam maya ni, saya ada buat salah.. kdg2 tak sedar.. selamat berpuasa tuk akk skeluarga ya.. :)

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^