Assalamualaikum...
Penangan suntikan vaksin..
Semalam, seharian aku tak merempit.. Dari siang bawa ke malam aku dok jaga Momok yang sakit.. Gara-gara bawa dia pergi klinik untuk suntikan vaksin, terus dia longlai.. Malamnya aku bagi dia minum susu tepung manusia. Tak lama lepas tu, habis keluar segala isi perut dia.. Keluar serentak pulak tu, ikut mulut dan ikut montot...
Hari ni nampak dia macam dah sihat, dah boleh berjalan, dah boleh makan dah.. Alhamdulillah.. Tapi rupa dia sangat teruk.. Tak berani aku nak mandikan dia.. Lepas ni aku tak nak dah bagi dia kena injek.. Biar la bagi pil ataupun ubat air je.. Tak sanggup aku nak tengok dia melepek macam tu... huhu..
Hari ni nampak dia macam dah sihat, dah boleh berjalan, dah boleh makan dah.. Alhamdulillah.. Tapi rupa dia sangat teruk.. Tak berani aku nak mandikan dia.. Lepas ni aku tak nak dah bagi dia kena injek.. Biar la bagi pil ataupun ubat air je.. Tak sanggup aku nak tengok dia melepek macam tu... huhu..
Masa dalam perjalanan pergi klinik tu, Momok tak nak duduk dalam sangkar dengan si Utih. Habis dia dok capai tudung aku. Bila aku dekatkan jari nak buka pintu sangkar tu, dia cakar jari aku.. Dapat dua calit. Sampai sekarang masih lagi pedih... adehh... So, sepanjang perjalanan tu, aku dok riba je dia. Nampak macam tak larat sangat dah si Momok ni... huhu...
Dalam perjalanan balik, aku letakkan Momok dalam sangkar. Elok je dia duduk dalam tu sebab mungkin dia memang dah tak larat sangat dah.. Si Utih pulak maintain okay.. Mujurlah Utih tak melepek macam si Momok tu. Kalau dua-dua melepek, teruk jugak aku nak jaga..
Kesian sangat tengok si Momok tu. Kejap-kejap aku bagi dia minum air guna picagari. Suara dia langsung tak keluar. Mata dia macam dah mati, tak gerak-gerak. Statik. Aku dah lama tak menangis sebab kucing tapi bila tengok si Momok sakit, meleleh jugak la airmata aku.. huhuhu...
Bila dia dah okay sikit, dia nak makan. Masa tengok dia makan tu, sangat la kesian.. Dengan keadaan dia yang tak larat, dengan keadaan dia yang lapar tahap gaban sebab sehari semalam tak makan, dengan keadaan isi perut dia yang dah habis keluar, rasa sedih tu makin menjadi-jadi.. Terus aku terbayangkan macam mana la keadaan orang yang sakit, yang tak punya apa untuk dimakan, yang keseorangan tanpa siapa yang menjaga.. Takut sungguh jika akulah orang itu.. Aduhaaaaiiii...
Dalam keadaan terhoyong-hayang baru ada tenaga sikit tu, si Momok ni nak jugak mengendeng jagung rebus yang aku makan. Ya, Momok ni lain sikit selera dia. Apa yang kucing lain tak makan, dia makan. Mungkin sebab tu perut dia selalu sakit dan najis dia cair.
Seumur hidup aku bela kucing, tak pernah aku masuk klinik haiwan.. Bab bagi makan, kadang-kadang mak aku dengan abang aku tolong. Sebenarnya 'kami' bukannya nak bela sangat kucing ni.. Tapi disebabkan 'kesian', maka bagi jugak la makan..
p/s: Tolong setakat yang mampu je... Namun nak berulang-alik ke klinik haiwan, tidak la... Tapi mungkin lepas ni kena beli segala jenis ubat untuk dorang..
kucing ni kalo kita dah bela dia lama pastu dia manja ngn kita bila dia sakit dan x bmaya mmg patut la akak nangis... touching pulak jaa yg duk baca ni...
ReplyDeletealhai kesian momok....semoga cepat sihat ye...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteLemah longlai la jadinya..keluar isi perut ikut depan n blkg..siannya..
Nampak sgt tak laratnya kak, bila tgk gmbr dia yg akk slimutkn dgn kain batik,huhu..