Pages

Sunday, August 11, 2013

Corat coret hari raya 2013: Bendanya ada, gambarnya tiada, malas punya pasal.. hehh...

Assalamualaikum...

Corat coret hari raya 2013: Bendanya ada, gambarnya tiada, malas punya pasal.. hehh...


Raya kali ni takde gambar buat lemang, takde gambar periuk besar masak sup gearbox, takde gambar sekuali besar rendang, malahan gambar pakai baju rayapun nan hado... Raya kali ni tersangat la malasnya nak ambil segala gambar tu semua..


Sehari sebelum raya tu kakak aku yang nombor dua masak rendang daging. Lemang, ketupat, kuah kacang dengan rendang kakak aku yang nombor satu tu dah siap masak kat rumah dia kat Labu nun.. Raya kedua baru buat lemang sebab buluh mak aku dah beli banyak. Beras pulutpun kakak aku dah siap beli dah. 


Lepas tu kakak nombor satu tu buat nasi arab maqlubah ke apa entah nama dia.. Dia ambil resepi dari internet je.. Segala lauk dimasak dulu, kemudian dimasukkan sekali dalam beras tu.. Aku tak tengok sangat proses pembuatan nasi tu.. Dorang ramai-ramai buat.. Buat seperiuk rice cooker yang paling besar tu.. Sedap nasi tu.. Licin jugak. Maklum la, ramai kat rumah ni. Dah macam kenduri kecil pulak. Beras tu dia minta tolong abang long aku belikan kat Batu Pahat.. Jauh betul perjalanan beras tu.. 


Petangnya baru giliran aku buat sup gearbox. Anak buah tukang kapakkan tulang-temulang tu. Malam baru boleh makan. Sekejap je dah licin.. Bukan main lagi dorang menyedut isi dalam tulang tu.. Anak-anak buah yang cinonet tu pun ikut sama menyedut jugak.. Aku tak makan sangatpun. Just cicip sikit je..


Kesimpulannya, takde banyak pembaziran yang berlaku.. Alhamdulillah.. Sikit-sikit tu adat la.. Itu kiranya rezeki untuk ayam, kucing, semut dan sebagainya.. Mereka juga makhluk Allah..


Aku ambil gambar si kecil ni je.. Pandai berposing budak ni.. Ni anak bongsu adik aku. Banyak gambar dia yang aku ambil tapi cukup la dua ni je yang aku share kat sini, kat blog ni.. Bahaya kalau terlebih expose ni.. hehh..



Share gambar sipi-sipi sudah.. hehh...



p/s: Terima kasih pada dua orang anak buah dan sorang kakak ipar yang bagi duit raya kat aku.. Moga rezeki korang semakin murah.. Amin..

2 comments:

  1. assalam azz..untuk la azz..rayo ni tak la ponek bona kan..akak sumo kono buek sendiiri..

    ReplyDelete
  2. Akak..itu bukan sofa yg bnyk jarum tu kan?hahahaha

    Rasa rindu plak kat akak,eh. hehe. Rindu kat rkn2 blogger..terlebih bercuti raya ni, rasa slow pun ada skrg ni,hehe.

    Masak sedap2 tu kak..siap ada nasi arab, sup tulang..

    Tahun ni, kami sederhana jelah nmpknya..mengenangkan pakcik yg beraya kat hospital tu. Meriah dgn sdra2 yg masih kecil je.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^