Assalamualaikum..
Dah pulih dah.. Alhamdulillah...
Bekalan letrik baru je pulih dari sakit yang panjang.. Dari pukul sembilan pagi tadi takde bekalan, pukul sebelas malam ni baru ada.. Sepatutnya pukul enam petang tadi dah ada bekalan dah tapi disebabkan sesuatu yang tidak dijangka berlaku, bekalan masih tidak dapat disambung.
Petang tadi dalam pukul empat lebih aku ada call 15454, tanya sampai bila bekalan terputus dan aku diberitahu pukul enam petang nanti bekalan akan disambung semula.. Tunggu punya tunggu, sampai pukul sepuluh malam dah tapi masih takde bekalan. Akupun call lagi sekali dalam pukul sepuluh lebih dan aku diberitahu bekalan akan disambung sebelum menjelang tengah malam. Okay la.. Mungkin punca kerosakan yang berlaku masih belum dijumpai..
Tup-tup, dalam aku tengah dok sibuk nak pasang lilin bagi menggantikan lilin yang dah padam, tiba-tiba je dengar bunyi kipas angin menderu.. Kalau ikutkan, semua suis aku dah off dah.. Mungkin ada yang lupa nak tekan button kipas tu kot.. Tapi elok jugak dengar bunyi kipas tu.. Kalau tak sampai pagi aku tak tau bekalan dah ada... hehe..
Apapun, terima kasih pada pihak TNB yang bertungkus lumus memulihkan bekalan.. Aku tak marah.. Aku cuma risau stok makanan yang banyak disimpan dalam peti sejuk tu je.. Mujurlah tak membusuk.. Kalau tak, dah membazir macam tu je..
p/s: Mujur aku ada kipas satay.. So, boleh la gunakan kipas tu waktu kecemasan macam ni.. Mujur jugak tak lumurkan badan dengan bahan perap.. Kalau tak, dah boleh cubit-cubit daging kat badan macam cubit satay.. hahaha..
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^