Assalamualaikum...
Dah terbarai terburai.. Duit lagi..??
Macam-macam hal pulak lepas raya ni.. Hari tu dah selamat RM180 bagi kat Indah Water sebab sedut bahan buangan yang tanpa sedar dah hampir penuh.. Melayang duit omak den.. huhuhu.. Mujur jugak tangki septik tu saiz dia kecil.. Kalau saiz dia besar, mau kena caj RM250..
Sebelum raya hari tu, kipas siling kat ruang menonton tv pulak buat hal.. Tak nak berpusing.. Sampai sekarang masih tak dibaiki lagi.. Buat sementara waktu, guna je kipas berdiri yang ada tu.. Nasib baik la masa raya hari tu takde yang bersungut berlebihan sebab panas..
Tambah lagi dengan tiga biji mentol lampu yang tak menyala.. Dua lampu kalimantang dan satu lampu berpiring.. Lampu kalimantang tu dua-dua tukar semua.. Gantikan dengan lampu save energy tu. Habis cerita.. Yang lampu berpiring tu tak tukar mentol dia.. Nak kena beli mentol tu kat bandar..
Tambah lagi dengan tiga biji mentol lampu yang tak menyala.. Dua lampu kalimantang dan satu lampu berpiring.. Lampu kalimantang tu dua-dua tukar semua.. Gantikan dengan lampu save energy tu. Habis cerita.. Yang lampu berpiring tu tak tukar mentol dia.. Nak kena beli mentol tu kat bandar..
Pastu, benda alah kat bawah ni pulak buat hal.. Kalau tak penting, nak je aku abaikan, tak payah beli baru.. Tapi kalau takde benda ni, tak dapat la aku nak melopong depan tv.. muahahaha.... tetttttt...!!!
Jangan lupa ambil dan simpan bahagian yang masih elok. Jangan pulak dibuang. Yang rosak cuma isi dalamnya sahaja..
Dulu dah banyak yang dibuang macam tu je sebab masa tu tak pandai nak hargai duit. Lagipun dulu agak bengong sikit.. Otak tak berkembang.. Fikirnya, jika dah rosak, semua sekali ikut rosak sama.. Macam kipas angin meja atau kipas berdiri tu jugak. Yang rosak cuma motornya tapi habis semua sekali dibuang padahal boleh je ambil part yang masih okay..
Kepala dan ekor yang masih boleh digunakan lagi.. Ni kalau beli ni mau jugak makan beberapa ringgit..
Dan sekejap tadi, abang aku tolong pergi kedai dan belikan yang baru.. Harga dia RM22.. Lari bajet nak beli sebuah novel.. hehhh..
Aci tak kalau aku tampal tiga lubang tu.. Konon-konon rosak la padahal tak bagi guna.. muahahaha....
p/s: Lepas raya, semua dok pakat lari.. Bajet lari.. Mood lari.. Saiz pinggangpun ikut lari jugak.. adushhh...
Salam.
ReplyDeleteaii, banyak beno ke saiz pinggang lari kak?hahahah
Ayah saya macam akak.. takda bazir..
soket suis tu, selagi boleh guna dia guna, smpai dari warna putih dah jadi kekuningan,kih3.
Wayar2, semua dia recycle balik..kan boleh sambung wayar kaler ijau,kaler itam..pe kaler lgi ya, dah lupa.