Pages

Saturday, August 31, 2013

Kain pelikat menjadi seluar santai...

Assalamualaikum...

Kain pelikat menjadi seluar santai...


Ini adalah kain pelikat yang sudah berlubang sana sini dan dijadikan seluar cerut untuk pakaian santai di rumah.. Kali pelikat yang dah berlubang, jangan terus disimpan ataupun dijadikan kain buruk. Selagi kain tu tidak reput, masih boleh digunakan. 


Kain pelikat ni dah ada dua tiga lubang yang kecil samada lubang akibat terkena puntung rokok ataupun tersangkut pada tali ampaian.. Nak bawak solatpun risau jugak.. Bimbang lubang tu menampakkan aurat. Jadi, aku ambil langkah drastik (ahakk...) dan jadikan kain pelikat ni sebagai seluar cerut.. 


Cara nak buat seluar cerut ni senang je.. Terbalikkan dan bentangkan kain pelikat tu atas meja atau lantai dan lepas tu letakkan pola seluar tu kat atas kain pelikat tadi. Tak payah nak potong kain pelikat yang berjahit tu. Ikut je cara letak macam gambar kat bawah ni.. 


Ni pola bahagian depan..


Sebelum potong kain tu, tandakan basi untuk setiap bahagian.. Jika tak nak buat pinggang yang bersambung, lebihkan dalam 3 1/2 inci kat bahagian pinggang tu.. Ini untuk getah yang lebarnya satu inci.. Lepas tu untuk bahagian kiri dan kanan, lebihkan basi jahitan dalam 3/4 inci dan untuk bahagian bawah, lebihkan basi jahitan dalam satu inci.. Ini semua bergantung pada tukang jahit tu sendiri macam mana nak menggayakan pemotongan.. 


Lepas tu tandakan dengan kapur bahagian dalam kain tersebut iaitu bahagian yang sedikit pudar warnanya. 


Ni pola bahagian belakang. Ada lebihan kat bahagian peha dan pinggang.. Bahagian yang melengkung itu adalah bahagian untuk cawat..


Selesai memotong, jahit tepi dan mulakan menjahit. Ambil sekeping bahagian depan dan sekeping bahagian belakang dan cantumkan kiri dan kanan. Buat perkara yang sama untuk satu bahagian lagi.. Bila dah siap, barulah cantumkan bahagian kelengkang.. Kemudian, jahitkan bahagian bawah kaki anggaran seinci. Lepas tu, lipat bahagian pinggang anggaran 1 1/4 inci dan jahit keliling. Tinggalkan sedikit ruang untuk memasukkan getah seluar.. 


Dah siap dah.. Tapi takde poket..


Dah boleh pakai.. Atas sikit dari buku lali..


Apa yang penting adalah ukuran cawat.. Ukuran cawat jangan terlalu pendek, bimbang nanti tersepit dan tak selesa dipakai. Ambil ukuran cawat bermula dari bahagian depan pinggang dan berakhir kat belakang pinggang. Jangan ambil ukuran ngam-ngam.. Longgarkan sedikit masa mengukur..






p/s: Kalau cari lagi dalam almari, rasanya banyak lagi kain pelikat yang berlubang...hehh...

2 comments:

  1. waaa kalau Cik Iman, terus jadi kain buruk kat dapur je. Nie jadikan seluar :D bagus gak tu

    ReplyDelete
  2. Kat sini utk selyar sj ker? Puas tngok kat utiub teknik mjahit bahagian baju melayu masih paham..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^