Pages

Tuesday, September 10, 2013

Apa tujuan sebenar anda..??

Assalamualaikum...

Apa tujuan sebenar anda..??


Apa tujuan sebenar korang bila join satu-satu grup kat fesbuk tu ehh...? Adakah dengan niat nak mencari dan berkongsi ilmu, atau sekadar nak mempromosikan barang jualan anda, atau nak jadi stalker yang stalk aktiviti mutual friend, ataupun semata-mata nak merosakkan keharmonian grup tersebut..??


Contohnya:

Hari tu kat dalam satu grup yang aku join tu iaitu grup berkaitan pokok bunga dan tanaman, terselit beberapa posting iklan berkaitan ubat kuat.. Yang posting tu opkos la orang lelaki.. Mula-mula tu tak faham jugak la kenapa admin kat situ tak delete je post tu.. Rupanya admin sibuk, tak sempat nak pantau... Lepas tu baru la iklan tu ditendang.. Naik segan pulak dok baca posting luncas-meluncas ni.. 


Lagi satu, kat grup jahit-menjahit. Banyak sangat yang dok iklan barangan dorang.. Bukannya nak kongsi cara macam mana nak menjahit.. Kadang-kadang kesian kat orang yang baru nak belajar menjahit, pastu join grup tu untuk menimba sedikit ilmu, tapi disajikan dengan iklan yang pelbagai.. Ada jugak yang kongsikan gambar hasil jahitan dorang. Bila ditanya macam mana nak buat, dok senyap je, takde feedback. Kesian pada yang bertanya tu.. Kalau rasa kedekut ilmu, tak payah la nak join grup macam ni.. Sabar je la.. 


Ada jugak yang join grup untuk post gambar anak dia, then suruh kita Like gambar tu.. Suruh Like gambar anak yang masuk contest..?? Anak perempuan yang dah dewasa lak tu... Tak rajin aku nak bersubahat.. hehh...


Pastu kat grup novel, terselit pulak iklan menjual barangan kereta... Pening kepala aku menengoknya...Apo bondo ehh ni...??


Banyak lagi contoh yang ada... Rajin dengan tak rajin je nak senaraikan.. Kalau join banyak grup, lagi pening kepala agaknya.. Ni mujur la join sikit je.. Join mana yang bersesuaian je..


p/s: Kalau ya pun nak cari peluang, janganlah sampai mencaca-marba-kan grup orang.. Berpada-pada la sikit... huhu...

5 comments:

  1. angah aa join group sekolah, saje nak jumpa rakan-rakan lama, tapi lama - kelamaan group alumni sekolah angah pun dah jadi medan org meniaga...

    ReplyDelete
  2. diorang asal boleh je..kalau ye pun nak meniaga..agak2 la kan..

    ReplyDelete
  3. banyak sangat iklan...takut tertipu je...tapi tak kena tempatlah iklan-iklan tu

    ReplyDelete
  4. setakat ni ada join 2 grup je kot
    hrp skolah menengah dulu..mcm close grup la tp jarang post pun
    satu lg grp diet tp x diet pun
    hahaha

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^