Pages

Wednesday, September 18, 2013

Cakap apa..? Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Cakap apa..? Alhamdulillah...


Perbualan di antara mak saudara dengan seorang anak saudaranya yang berumur tujuh tahun..


Mak saudara: "Dah makan ke belum..?"

Anak saudara: "Dah.. Dah kenyang dah.."

Mak saudara: "Kalau dah makan, dah kenyang, kena cakap apa..?"

Anak saudara: "Tapi takde keluar bunyi erk pun..."

Mak saudara: "Keluar bunyi ke, tak keluar bunyi ke, kena cakap jugak, tau tak.. Cepat cakap.."

Anak saudara: "Alhamdulillah..."

Mak saudara: "Lain kali, kena cakap selalu. Makan sikit ke, makan banyak ke, minum ke, makan gula-gula ke, makan sedap ke, makan tak sedap ke, kena cakap selalu, tau tak..?

Anak saudara: "Tau..."

Mak saudara: "Cakap apa...?"

Anak saudara: "Alhamdulillah..."

Mak saudara: "Nak tidur dengan bangun tidurpun kena cakap jugak, tau tak..? Cakap apa..?"

Anak saudara: "Alhamdulillah..."


Macam tu la selalunya.. Kena ingatkan selalu kat dorang.. Ada ke nak tunggu keluar bunyi 'erk' tu baru nak cakap Alhamdulillah.. alaahaiii.... 


p/s: 'erk' = sendawa kekenyangan... 

4 comments:

  1. hehehe. orang tua pun kadang-kadang tunggu erk baru nak cakap alhamdulillah. hehehe

    ReplyDelete
  2. Bagusssss sgt taw...sekarang Umi Qi tgh praktis si Qi...bismillah dan amin...serta alhamdulilah...biar pendek tp bermanafaat :)

    ReplyDelete
  3. jaa skang ni pun duk praktikkan anak jaa mcm ni lah jugak. even masih pelat/telor tp kira ok la. jaa nk dia biasakan diri.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^