Pages

Saturday, September 14, 2013

Kalau kedekut, tak payah la share.. huhuhu...

Assalamualaikum...

Kalau kedekut, tak payah la share.. huhuhu...


Dalam dok mencari-cari tutorial untuk jahit sulaman manik crumble, terjumpa la video ni.. Tengok dia punya tajuk tu punya la teruja.. Sekali keluar, hmmm... Tak tau nak kata apa... 




Banyak sangat jumpa video macam ni.. Letak tajuk macam ikhlas nak kongsi apa yang dorang ada.. Rupa-rupanya nak kena beli dulu produk dorang tu.. Takpe la, ramai lagi yang sudi berkongsi ilmu.. Banyak lagi video yang lebih bagus untuk ditonton.. Kena rajin mencari la.. 


Aku ni kalau boleh nak jugak share sikit-sikit ilmu tentang jahitan manik yang simple dan mudah ni sebab tu je yang aku tahu.. Masalahnya aku tak berapa mahir nak ambil video sendiri.. Sendiri jahit, sendiri rakam.. Nanti gambar dia blur dan goyang-goyang..


Setakat ni aku cuma ada dua video je berkaitan jahitan manik paling mudah ni.. Kalau rajin, boleh la tengok kat SINI dan SINI.. Boleh refer cara nak buat kat link yang ada kat bawah video aku tu.. Tapi aku bagitau awal-awal la ya, video aku tu kualiti dia kurang memuaskan.. Aku tergerak hati jugak nak bagi penerangan secara lisan kat dalam video tu tapi aku segan sebab suara aku tak sedap... Kang ada pulak yang tercucuk jari dengan jarum.. huhuhu.. 


p/s: Sakit hati jugak bila tengok video macam ni... Buang masa je menunggu.. Sampai sudah takde tutorial yang keluar.. hehhh...

3 comments:

  1. Geram jugak kalau jumpa video cmni..sabar jela

    ReplyDelete
  2. Betullll..kalo kedekut xpyh share..hahaha

    ReplyDelete
  3. Kat youtube banyak mcmni..saya kategorikan diorg spammer versi video,tak kira,hahahah

    Tajuk memang best2 je diorg bubuh..tajuk yg memang kita nak cri, alih2 bila tgk..hurmm,takda apa..ada tu siap suh lawati laman web tertera untuk tahu lebih lanjut..cehh..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^