Assalamualaikum..
Nasib orang yang takde kabel besar...
Ni la kesan daripada pengorekan tanah untuk kerja-kerja pembentungan masa bulan Jun hari tu.. Sampai sekarang dok macam ni jugak padahal masa dorang dah selesai masukkan pembentung dulu, aku dah bagitau supaya ratakan tanah tu. Pekerja tu kata nanti dorang buat tapi sampai sudah tak buat jugak..
Dah mula mendap..
Dua batang paip kat bawah ni sampai sekarang masih lagi tercongok kat situ.. Hari tu ada sekali dengan kepala paip tapi tak lama lepas tu, kepala paip tu dah dicabut semula. Dengar cerita, kena tunggu enam bulan baru dorang akan datang balik dan buang batang paip ni.. Itu dengar khabar angin je.. Yang sahihnya tak tau la bila.. Buatnya ada yang terbabas dan terlanggar batang paip tu, tak ke nanti air tu melonjak keluar..? Tak ke nanti air tu masuk kat kawasan rumah aku..? Ni yang buat aku risau ni.. Selagi tak dibuang, selagi tu la aku risau..
Betul-betul depan rumah aku. Dekat simpang tiga pulak tu... Dah makan sikit kawasan jalan..
Mendapan dah mula berlaku..
Kat bawah ni pulak, dorang tak ratakan tanah dengan batu tu.. Biar je macam tu sedangkan kat rumah orang lain, elok je dorang ratakan.. Dah susah pulak nak menyapu daun-daun rambutan yang gugur tu sebab struktur tanah yang dah berbonggol-bonggol.. Mana dengan batu besar yang dilonggok kat situ.. Sakit hati betul aku menengoknya...
Kerja tu bagi la selesai betul-betul.. Buat la elok sikit.. Ni ikut sukahati dia je nak buat ataupun tidak.. Kurang ajar betul.. Mentang-mentang la aku takde kabel besar... Masing-masing dok butakan mata buat tak nampak sebab benda ni bukan kat depan rumah dorang...
Ni video masa dorang korek tanah tu dulu...
p/s: Hampeh...
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^