Pages

Saturday, October 26, 2013

Cara nak buat bunga menggunakan kain biasa, riben, organza dan sebagainya...

Assalamualaikum...

Cara nak buat bunga menggunakan kain biasa, riben, organza dan sebagainya...


Kali ni aku nak kongsikan satu cara paling mudah untuk membuat bunga dengan menggunakan kain biasa, riben, kain organza dan sebagainya.. Sebelum tu, kita kena pastikan dahulu ukuran bunga yang kita nak buat tu biarlah bersesuaian dengan panjang dan lebar kain untuk mendapatkan bentuk bunga yang cantik tersusun..


Nak potong kain buat baju, gunting buat hal.. So, buat la dulu kerja main-main macam ni.. hehe..


Aku buat contoh dengan menggunakan kain langsir ni.. Saiz kain ni adalah 21 x 4 inci.. Seeloknya, jahit tepi keliling kain tu bagi mengelakkan benang kain tu terburai..


Lipat dua kain tadi dan mulakan proses jelujur kasar. Jarak antara setiap jelujur tu sebolehnya biarlah sama.. Untuk jahitan jelujur ni, aku menggunakan 3 lembar benang yang dilipat dua.. Maknanya 6 lembar benang sebab nak bagi jahitan jelujur tu kuat dan kukuh.. Jahit sampai hujung kain..


Kemudian, tarik kuat-kuat jahitan tadi dan kepit ketat-ketat dengan jari untuk mengelakkan jahitan tu lari dan longgar.. Lepas tu, matikan jahitan.. Tapi jangan potong benang tu dulu tau...


Terus sahaja cantumkan kedua-dua bahagian hujung kain.. Buat jelujur yang rapat sikit..


Letakkan bunga kain atas meja dan kemaskan kelopak dia.. Lebar bunga ni 2 inci..


Kat tengah-tengah yang berlubang tu boleh la diletakkan hiasan berupa bunga kecil, manik, riben dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing...


Nak letak manik macam ni pun boleh.. Jahit dulu manik tu pada kain lain, dan kemudian jahitkan pula kain tadi atas bunga.. Jangan lupa untuk kemaskan keliling kain lapik manik tu..


Yang ni saiz dia kecil dan aku letakkan sebiji butang untuk menutup lubang yang ada tu..


Boleh tampalkan bunga kain pada beg... 


Jika nak buat bunga ni dengan menggunakan sapu tanganpun boleh.. Mungkin boleh dijadikan sebagai door gift.. 


Seperti selalu, sila klik pada gambar untuk pencerahan mata.. hehe.. Terima kasih..


p/s:  Selamat mencuba ya.. 

4 comments:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^