Asalamualaikum...
Kopak... huhuhu...
Pagi semalam keluar ke bandar.. Urusan biasa la.. Bayar duit kereta dan belanja barang dapur.. Sementara menunggu abang aku pergi bank, aku masuk sekejap dalam kedai buku yang biasa aku masuk tu.. Hajat hati cuma nak beli gam uhu dan gam biasa tu je.. Kononnya mata tak nak la pandang kat bahagian novel.. Tup-tup terpandang jugak.. Alih-alih, hambek kau.. Melayang duit den.. huhuhu...
Lepas tu, aku pergi pulak kat kedai jual alatan menjahit. Aku memang dah plan nak beli gunting kain yang baru memandangkan gunting kain yang sedia ada dah mula mogok.. huhu.. Sambil-sambil tu, aku nak beli zip untuk projek beg aku tu.. Melayang lagi duit aku kat kedai ni... Sekali lagi cuma mampu huhuhu je la... adehhh...
Lepas tu, usha pulak kedai yang satu lagi. Hajat hati nak survey harga kain heavy cotton untuk projek beg baju aku tu.. Punya la mahal harga kain tu.. Semeter je dah RM35.. Telan air liur sekejap.. Nak mintak kurangpun tak dapat.. Wallawehhh... Mula-mula tak nak beli.. Lepas tu beli semeter suku untuk kain yang kaler oren tu.. Lepas tu, beli pulak semeter suku lagi kain yang kaler pink tu.. Aduhhaaaiii... Harga untuk dua meter setengah kain tu je dah berapa dah.. Huhuhu lagiii...
Sambil menunggu uncle kedai tu potong kain dan masukkan kepala zip tu, akupun borak-borak la dengan dia.. Aku tanya dia macam mana nak letak harga kalau aku nak jual beg dari kain heavy cotton tu.. Then, diapun tolong kirakan bajet yang dah aku keluarkan.. Dia siap bagi aku tips macam mana nak buat beg sebab aku kata akupun baru je nak belajar buat beg ni.. Pastu, dia bagitau aku modal untuk sebuah beg dan harga untuk aku jual beg tersebut.. Seronok berbual dengan orang yang tak kedekut ilmu ni..
Ingatkan lepas beli peralatan nak buat beg tu, aku nak terus balik la.. Alih-alih mata aku ternampak pulak rotary cutter yang bergantung cantik kat situ.. Memang dah lama dah aku mencari rotary cutter ni. Akupun apa lagi, terus je rembat satu.. Tengok harga rotary cutter tu, gulp lagi sekali.. Ingat nak cari brand Olfa tapi takde.. So, rembat je la brand yang ada tu.. Sebuah rotary cutter brand Senorita ni harga dia RM45.90.. Terbang lagi duit aku... aduhaaaiii...
Tengok betapa tajamnya mata rotary cutter tu..
Bila dah balik ke rumah, akupun try la guna rotary cutter tu..Aku cuba la potong kain yang aku bentangkan kat atas meja kerja aku tu.. Meja tu aku dah lapik dengan cermin.. Potong punya potong, kain tu tak mahu terpotong langsung.. Aku dah mula gelabah dah.. Takkan la mata rotary cutter ni tumpul sedangkan masa aku dok usik-usik mata tu kat kedai, uncle tu siap tahan aku tak bagi aku main-main dengan mata rotary cutter tu.. Dia kata mata tu sangat tajam...
Lepas tu aku usha balik video yang aku pernah tengok dulu berkaitan dengan penggunaan rotary cutter ni.. Boleh dikatakan, semua meja dilapik dengan cutting mat ataupun getah pemotong.. Masa kat kedai tu, tak teringat langsung aku nak tanyakan pasal cutting mat ni.. Nampak gayanya, lain kali pulak la aku beli cutting mat ni.. Kalau tak beli, nanti rotary cutter aku tak boleh digunakan.. Duit lagi... huwaaaaaa....
Nanti kalau beg baju aku ni dah siap, aku tempek gambar dia kat blog aku ehh... Siapa yang betul-betul nak beli atau mungkin nak bagi moral support kat aku yang baru nak mencuba ni, boleh tinggalkan komen kat entry yang berkaitan.. Tak pun, boleh je inbox aku kat page fb blog aku ni..
p/s: Hari-hari yang mendatang ni aku makan lauk telur mata kobau je laa... Duit dah kopak dok beli semua benda alah ni... Takpe la, manatau kot-kot badan boleh kurus pulak... hehhh...
lauk tolo mato kobu pun sodap azz..ngan nasik paneh2 lak tu
ReplyDeleteModal beli asset tu...boleh bikin untung lepas nih.
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu tengok hasilnya.
keepidup kak azz...caiyokkk
ReplyDelete