Pages

Tuesday, October 8, 2013

Soalan yang kita tak jangka..

Assalamualaikum...

Soalan yang kita tak jangka.. 


Kadang-kadang kita seperti terkedu bila dengar pertanyaan yang pada kita tak masuk dek akal.. Namun, ada kalanya pertanyaan seperti itu sedikit sebanyak merungkaikan persoalan bagi sesetengah orang.. Kiranya, mereka yang bertanya soalan agak pelik ni dikira berani la sedangkan yang tak bertanya tu, menumpang keberanian si penanya tadi.. Nak tanya sendiri, malu.. Kang jatuh pulak air muka, padahal sebenarnya diri sendiripun tak tau atau tak pasti.. 


Jadi, kita jangan mudah melabel seseorang tu sebagai 'bodow' jika dia bertanyakan soalan tak masuk dek akal tersebut.. Dia bertanya untuk mendapatkan kepastian.. Kalau dia tahu jawapan untuk soalan itu, takde maknanya dia nak tanya.. Tak kan la dia saja-saja nak biar orang gelak kat dia.. kan...?



Bukan senang nak jawab soalan 'killer' macam ni, kan Ustaz..? Aku suka baca status dan komen-komen kat page Ustaz Kazim Elias ni..



Satu contoh soalan 'bodow' ialah bila kita tanya; "ko tengah makan ke....?" sedangkan terang-terang kita nampak orang tu memang tengah makan.. Ni la soalan paling bodow sebodow-bodownya.. hehh.. 


p/s: Sakan betul kaum lelaki tu gelak.. haiishh...

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^