Assalamualaikum...
Cara nak buat kain susun baju kurung..
Dalam jahitan, kita kena banyak berfikir macam mana nak menyesuaikan diri dengan cara tersendiri.. Kita tak boleh nak ikut cara orang lain.. Kita kena pandai menggayakan setiap cara itu mengikut keselesaan kita.. Kadang-kadang cara orang lain tu nampak mudah tapi bila kita cuba buat, ianya jadi susah.. Lain orang, lain caranya..
Tak salah untuk mencuba pelbagai cara.. Cuma, jika cara yang baru tu menyebabkan kita stress dan mudah putus asa, ada baiknya kita berehat seketika.. Kemudian, kita cuba cari cara yang lain pula..
Macam cara nak buat kain susun untuk baju kurung ni.. Dia punya main point hanyalah kain susun, tapi cara nak buat tu banyak.. Dan yang aku nak kongsikan ni adalah cara yang entah ke berapa kali aku cuba dan cara ini la yang paling mudah untuk aku buat..
First of all, kena la ambil ukuran lebar ponggong dulu.. Lepas tu tambah lagi ukuran untuk lipatan susun tu yang bergantung pada lebihan kain yang ada..
Contoh:
Ukuran keliling ponggong + keselesaan + basi jahitan + lipatan untuk susun
42 1/2 inci + 4 inci + 1 inci + 21 inci (21 bahagi 3 untuk dapatkan 3 susun lipatan)
Contoh:
Ukuran keliling ponggong + keselesaan + basi jahitan + lipatan untuk susun
42 1/2 inci + 4 inci + 1 inci + 21 inci (21 bahagi 3 untuk dapatkan 3 susun lipatan)
Jahit bahagian tepi (satu inci) dan tinggalkan ruang untuk zip. Kemudian jahit lipatan bawah kain (setengah inci).. Gosok, terbalikkan dan penitikan..
Ambil ukuran untuk keliling ponggong + keselesaan iaitu 46 1/2 inci.. Biarkan dulu tali tape tu di situ..
Kemudian, dengan menggunakan pembaris lurus, ambil pula ukuran untuk lebihan kain yang ada. Ukuran bermula dari hujung sana hingga sama paras dengan hujung pita tape tu.. Tengok berapa inci yang ada.. Contoh kat sini, lebihan kain tu adalah 10 1/2 inci.. Ini bermakna lebihan untuk susun kain adalah 21 inci (10 1/2 darab 2 sebab kain tu berlipat dua)
Lepas tu, bermula dari tepi bahagian zip, tandakan untuk satu lipatan iaitu 7 inci.. Satu lipatan adalah 7 inci.. Bila dilipat dia akan jadi 3 1/2 inci.. Tandakan kepada 3 tempat sebab lebihan kain tadi 21 inci yang kemudiannya dibahagikan dengan 3 untuk dapatkan 3 susun kain.. Perhatikan pada tanda kapur yang berwarna kuning tu.. Tandakan pada bahagian atas dan bawah kain..
Kemudian, dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan, cekut kat tempat yang ditandakan dengan kapur tadi..
Ratakan susun dan penitikan.. Lepas tu, cekut lagi lipatan berikutnya.. Ratakan dan penitikan supaya susun kain tu jadi lebih kemas..
Lepas tu, ukur kembali keliling ponggong dan pastikan ukurannya tidak kurang daripada 23 inci dan tidak lebih daripada 23 1/2 inci.. (23 darab 2 = 46 sebab kain tu dilipat dua)
Akhir sekali, barulah dipenitikan keseluruhan bahagian susun kain tu dan gosok hingga susun tu menjadi tajam..
Okay, setakat ni sahaja yang dapat aku tunjukkan untuk sessi cara nak buat kain susun untuk baju kurung ni.. Sekali lagi diingatkan, cara setiap tukang jahit adalah berbeza.. Korang boleh je pilih mana yang korang rasa selesa nak buat..
Lebihan untuk susun kain itu mungkin berbeza mengikut saiz badan seseorang, juga mengikut lebihan kain yang tinggal.. Kena pandai mengagak dan mengira.. Ukuran untuk keselesaan tu (yang 4 inci tu) jugak mengikut kehendak masing-masing.. Jika nak kan kain yang fit, tak perlu tambah 4 inci.. Memadailah tambah satu inci sahaja.. Yang 4 inci ni selalunya untuk orang yang berbadan besar dan perut agak menonjol.. Jadi takde la ketat sangat kat bahagian perut tu..
p/s: Baik dalam pencarian info apa sekalipun, janganlah terlalu mengharap semua benda orang nak tolong google-kan untuk kita.. Kenalah rajin google sendiri..
tgn sy memg pengkau bab bab jahit nih
ReplyDeleteTerima kasih d atas tip...minta izin utk mencubanya..
ReplyDeleteAssalamualaikum...saya tang yg susun tu saya gosok dgn penggosok sbb malas nak selit peniti...
ReplyDeleteAzz boleh jahit baju kurung dlm jumlah yg banyak tak? Anak saya sedang mencari tukang jahit yg boleh menjahit banyak2 sebab dia nak berniaga baju kurung.
ReplyDelete