Assalamualaikum...
Mati terapung... huuuu...
Tak tau di mana silapnya, alih-alih tengok banyak yang dah mati terapung.. Lebih daripada sepuluh ekor lak tu.. Ralat sungguh menengoknya.. huhuhu...
Sebelum tu aku ada tambah segayung air kat dalam bekas dorang berenang tu.. Bukannya tak pernah buat macam ni.. Air kat dalam pasu bahulu omak tu pun aku tambah jugak.. Lagi banyak air yang aku tambah tapi takde pulak yang mati terapung...
Sudahnya, semua yang ada dalam bekas tu aku alihkan masuk ke dalam pasu bahulu omak sebab lepas yang sebelas ekor tu mati mengejut, ada lagi lima ekor yang menyusul.. Bertambah ralat bila ada dua tiga ekor yang mati tu tengah membuncit perut dia.. Sian anak-anak dia kat dalam perut tu.. Tak sempat nak main kejar-kejar sesama mereka... huhuhu...
p/s: Harap-harap lepas ni takde la lagi ikan gupi aku yang mati terapung macam tu..
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^