Pages

Tuesday, December 17, 2013

Cara merajah pola lengan blouse atau baju berfesyen...

Assalamualaikum...


Cara merajah pola lengan blouse atau baju berfesyen...


Kali ni aku nak kongsikan sedikit cara nak buat pola lengan untuk baju berfesyen seperti blouse, kurung moden, jubah, kemeja dan sebagainya.


Apa-apapun, rujuk pada gambar.. Aku tak tau nak melukis.. Jadi, aku snap je gambar yang ada dalam nota aku..


Tiga bulatan kecil tu adalah simbol untuk lipatan.. Maknanya, jika nampak je pola yang ada tanda macam tu, kita kena lipat dua kain tersebut.. Tapi pola pada kertas, tak payah la lipat dua kertas tu..


Tengok pada nombor yang ada tu ya..

0-1 = Labuh/panjang lengan tetap - maksudnya panjang lengan tanpa basi jahitan.

0-2 = Turunkan 4 inci ataupun ukuran keliling dada dibahagikan dengan 8 - aku selalu gunakan yang turunkan 4 inci tu..

2-3 = Ukuran keliling dada dibahagi 4 tetap - maksudnya tak perlu tambah apa-apa.

1-4 = Ukuran keliling pergelangan tangan dibahagikan dengan 2.

0-1 = Bahagikan dengan 2 untuk dapatkan garisan siku.

0-3 = Buat garisan lurus dan bahagikan pada tiga titik.. Kemudian dibentukkan lengkungan. Ukuran lengkungan lubang lengan pada pola lengan mestilah sama dengan ukuran lengkungan lubang lengan pada pola badan baju... Jarak antara lengkungan atas garisan lurus tu 1/2 inci dan lengkungan bawah garisan lurus tu 1/4 inci..


Kemudian, cara nak letakkan pola lengan pada kain mestilah mengikut ira memanjang.. Jika tidak, nanti kat bahagian tangan rasa tak selesa terutama sekali jika kita nak gerak-gerakkan tangan.. Dia akan rasa keras dan seakan tersekat kat pangkal lengan tu... Rujuk gambar bawah ni.. Ini cara yang betul untuk meletakkan pola lengan pada kain...


Sebaiknya gunakan cara begini untuk memotong lengan baju berfesyen..


Tidak digalakkan untuk gunakan cara yang bawah ni untuk memotong lengan baju berfesyen..  Ada orang potong macam ni sebab nak jimat kain ataupun kain tak cukup.


Cara yang salah..


Rasanya ini je kot untuk bahagian buat pola lengan dan cara letak pola lengan pada kain..


p/s: Harap-harap faham la ya.. huhuhu..

8 comments:

  1. Assalam sis...nak tya...klu kain bkaki mcmna cra letak pola lengan tu ya...sbb saya buat mcm dlm gmbar kat bwh... mohon pencerahan ya sis...tq😁😁😁

    ReplyDelete
  2. Assalam sis...nak tya...klu kain bkaki mcmna cra letak pola lengan tu ya...sbb saya buat mcm dlm gmbar kat bwh... mohon pencerahan ya sis...tq😁😁😁

    ReplyDelete
  3. Natasha Abdullah..

    Kalau kain berkaki, biasanya yang ada kaki tu letak kat bahagian hujung lengan.. Better ikut ira yang betul tapi jika nak ikut ira yang lagi satu tu, kena la bagitau kastemer dia punya risiko iaitu mungkin tak begitu selesa bila memakainya..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Cik Azz. thanks for sharing. saya perhati banyak kali pada dua gambar yang cara potong lengan tu. nak tanya, kedudukan dan ira kain pun boleh beri kesan kepada keselesaan baju ye? saya dah cuba buat dan jahit lengan dua kali. tapi masih failed. taktau kat mana silapnye. harapnya yang cik azz ajar ni menjadi.baru nak cuba cara cik azz. terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum saya mohon halalkan sy copy and simpan utk rujukan saya.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..sye mohon halalkn ilmu sis dan sye copy tuk rujukan...

    ReplyDelete
  7. mohon halal ilmu yang dikongsi dan saya screenshoot utk rujukan dan pembelajaran sy.tq

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^