Assalamualaikum...
Dah selesai dah....
Dah selesai dah mengundi.. Dah tau dahpun keputusannya.. Namun masih ramai lagi yang tak habis-habis nak protes sana sini, nak pertikaikan itu ini, nak timbulkan isu begitu begini.. Suka hati korang la haiihh... Sakit kepala nak melayan karenah yang entah apa-apa ni.. Semak...
Salah satu isu yang diperkatakan ialah mengenai dakwat kekal.. Akupun tak faham kenapa isu ini diperbesar-besarkan.. Ada yang kata dakwat tu tak kekal.. Cuci dengan air paip je terus hilang. Secara logiknya, mana ada yang kekal.. Kalau setakat nak tahan lama sikit tu mungkin la kot... Ataupun mungkin ada yang fikir dakwat tu kekal sampai pilihanraya akan datang...??
Selepas balik dari mengundi.. 5/5/2013
Hari ini masih ada lagi sisa-sisa dakwat tu.. Akupun mandi jugak.. Akupun cuci pinggan mangkuk jugak.. Yang peliknya, macam mana ada orang tu sampai betul-betul bersih kuku dia, tak nampak kesan dakwat yang tinggal. Dia sental dengan apa ehh sampai bersih macam tu.. Ke, dia tak pergi mengundi.. Pakat main celup je jari tu dengan dakwat yang dia beli sendiri...?? Orang yang suka bertekak dan bertelagah ni akal dorang memang luar biasa sikit.. Sentiasa menjalar mencari idea... :p
Hari ni.. 7/5/2013
p/s: Dah la.. Malas dah nak melayan semua ni.. Kalau ada yang kata entry aku ni macam bangang ke, macam gampang ke, lantak korang la..