Pages

Tuesday, July 9, 2013

Lado api...

Assalamualaikum...

Lado api...


Ni pokok cili padi aka cili api mak aku. Mak aku tak sebut cili padi. Cili apipun dia tak sebut. Dia sebut lado api.. haha..




Pokok lado api ni kalau ditanam beria, tak maun deh hidup gomok dohh. Mesti tak somonggah ghoman ehh.. Daun kerinting la.. Buah dia lembik busuk la.. Tak tau kenapa...




Tapi bila main campak je biji cili tu merata, ehh, elok pulak dia tumbuh. Menjadi pulak buah dia tu. Gemuk pulak pokok dia.. Cuba kalau alih anak pokok tu kat tempat lain, dalam pasu ke, tengok la nanti apa yang jadi.. Sekejap je dia subur. Pastu nanti pokok tu macam hidup segan, mati tak mahu..




Yang hairannya, semut api pun suka melekat kat pokok lado api ni.. Kalau dah ada semut api tu, alamatnya tak lama la umur pokok tu.. Tak tau nak sembur racun apa untuk halang semut api tu dari berumahtangga kat situ.. Hari tu ada yang bagitau supaya letakkan kulit bawang kat pokok tu. Aku dah cuba buat dah tapi tak perasan pulak semut tu ada lagi ke tak.. Lupa nak pergi tengok.. hehe..


p/s: Siapa ada petua nak tanam dan jaga pokok lado api ni, boleh la share.. Terima kasih... :)