Assalamualaikum...
Cara menjahit beg baju..
Hari tu aku ada kongsikan cara untuk menjahit beg. Dalam entry tersebut, beg yang aku buat dan jahit tu kecil sahaja.. Kali ni aku nak kongsikan pula cara nak buat beg yang lebih besar berserta dengan ukurannya sekali.. Beg ni boleh juga dijadikan sebagai beg baju untuk balik kampung.. hehe..
Kain yang aku gunakan ni merupakan lebihan kain langsir kat rumah aku.. Dah bertahun dah kain ni.. Warna diapun dah pudar sebab kain ni aku jadikan sebagai pelapik untuk sarung sofa yang dah koyak.. Bila sarung tu dah rosak, maka aku ambil balik kain ni semata-mata untuk buat tutorial ni.. Lagipun, malas nak beli kain baru.. Nak jimat punya pasal.. hehh..
Barang yang perlu kita sediakan adalah:
Dua keping kain cotton tahan lasak berukuran 24 x 21 inci untuk badan beg..
Sekeping kain berukuran 9 x 7 inci untuk poket..
Sehelai zip berukuran 20 inci - Seeloknya beli zip berkepala besi.. Jangan gunakan zip untuk baju/gaun..
Dua keping kain berukuran 26 x 4 inci untuk dijadikan tali beg..
*Untuk nampak lebih kemas, setiap keping kain dijahit tepi dahulu bagi mengelakkan benang kain tu tobugheh... Tobungheh tu terburai laa... hehe..
(Jika nak buat beg baju yang ada tali, lipatkan 2 inci basi jahitan untuk zip sebab nanti nak jahitkan tali kat bahagian itu supaya jahitan tu kukuh sikit..) Jahit zip di antara dua keping kain badan beg... Tandakan tempat untuk menampal poket.. Kain poket tu terlebih dahulu perlu dilipat 1/2 inci pada setiap bahagian dan gosok.. Lepas tu, jahitkan bahagian atas poket tu dahulu. Turunkan 4 inci dari paras zip dan tandakan.. Kemudian, barulah ditampalkan poket tadi pada badan beg dan jahit bahagian kiri, bawah dan kanan poket..
Dua keping kain untuk dijadikan sebagai tali beg..
Lipat 1/2 inci pada kedua-dua belah kain. Penitikan dan kemudian temukan kedua bahagian itu dan teruskan menjahit keliling.. Jika rajin, gosok je lipatan tu dan terus je tindih mesin.. Tak perlu nak guna peniti dah..
Beg yang hampir siap.. Belum ada tali lagi..
*Tengok, kan dah sama dengan langsir.. hehehe...
Begilah rupanya beg yang telah siap walaupun tali tak pasang betul lagi.. hehe.. Nak ejas betul-betul dulu tali tu baru boleh jahit..
Siap dah beg baju ni.. Kat dalam beg ni ada enam pasang baju kurung.. Seluar jeans atau seluar yang tebal-tebal takde ya..
Seperti biasa, boleh klik pada gambar jika nak gambaran yang lebih jelas..
Pada sesiapa yang nak cuba menjahit beg baju ni, boleh rujuk pada entry ini.. Rujuk pada cara yang ketiga... <= Sila klik. Terima kasih.. :)
p/s: Selamat mencuba ya.. Moga anda berjaya membuat beg baju ni.. Amin.. :D