Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, October 25, 2013

Cara menjahit beg baju..

Assalamualaikum...

Cara menjahit beg baju..


Hari tu aku ada kongsikan cara untuk menjahit beg. Dalam entry tersebut, beg yang aku buat dan jahit tu kecil sahaja.. Kali ni aku nak kongsikan pula cara nak buat beg yang lebih besar berserta dengan ukurannya sekali.. Beg ni boleh juga dijadikan sebagai beg baju untuk balik kampung.. hehe..


Kain yang aku gunakan ni merupakan lebihan kain langsir kat rumah aku.. Dah bertahun dah kain ni.. Warna diapun dah pudar sebab kain ni aku jadikan sebagai pelapik untuk sarung sofa yang dah koyak.. Bila sarung tu dah rosak, maka aku ambil balik kain ni semata-mata untuk buat tutorial ni.. Lagipun, malas nak beli kain baru.. Nak jimat punya pasal.. hehh..


Barang yang perlu kita sediakan adalah: 

Dua keping kain cotton tahan lasak berukuran 24 x 21 inci untuk badan beg.. 
Sekeping kain berukuran 9 x 7 inci untuk poket..
Sehelai zip berukuran 20 inci - Seeloknya beli zip berkepala besi.. Jangan gunakan zip untuk baju/gaun..
Dua keping kain berukuran 26 x 4 inci untuk dijadikan tali beg..

*Untuk nampak lebih kemas, setiap keping kain dijahit tepi dahulu bagi mengelakkan benang kain tu tobugheh... Tobungheh tu terburai laa... hehe..


(Jika nak buat beg baju yang ada tali, lipatkan 2 inci basi jahitan untuk zip sebab nanti nak jahitkan tali kat bahagian itu supaya jahitan tu kukuh sikit..)  Jahit zip di antara dua keping kain badan beg... Tandakan tempat untuk menampal poket.. Kain poket tu terlebih dahulu perlu dilipat 1/2 inci pada setiap bahagian dan gosok.. Lepas tu, jahitkan bahagian atas poket tu dahulu. Turunkan 4 inci dari paras zip dan tandakan.. Kemudian, barulah ditampalkan poket tadi pada badan beg dan jahit bahagian kiri, bawah dan kanan poket..  



Dua keping kain untuk dijadikan sebagai tali beg..


Lipat 1/2 inci pada kedua-dua belah kain. Penitikan dan kemudian temukan kedua bahagian itu dan teruskan menjahit keliling.. Jika rajin, gosok je lipatan tu dan terus je tindih mesin.. Tak perlu nak guna peniti dah..


Beg yang hampir siap.. Belum ada tali lagi.. 
*Tengok, kan dah sama dengan langsir.. hehehe...


Begilah rupanya beg yang telah siap walaupun tali tak pasang betul lagi.. hehe.. Nak ejas betul-betul dulu  tali tu baru boleh jahit..


Siap dah beg baju ni.. Kat dalam beg ni ada enam pasang baju kurung.. Seluar jeans atau seluar yang tebal-tebal takde ya..


Seperti biasa, boleh klik pada gambar jika nak gambaran yang lebih jelas..




p/s: Selamat mencuba ya.. Moga anda berjaya membuat beg baju ni.. Amin.. :D

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)