Pages

Thursday, November 14, 2013

Ada hikmahnya memasang widget LTF ni... ahahh...

Assalamualaikum...

Ada hikmahnya memasang widget LTF ni... ahahh...


Aku memang selalu memantau laluan trafik yang masuk kat blog aku ni.. Bukan apa, nak jugak tau apa yang dicari hinggakan tersesat sampai ke sini.. hehh...


Selain daripada itu, ianya sedikit sebanyak menyedarkan aku tentang beberapa perkara.. Entry dah lama, kadang-kadang kita dah lupa ianya berkisah tentang apa.. Jadi, jika ada entry yang kita rasa macam isshhhh je, boleh la kita tarik balik semula entry tersebut dan simpan dalam draft.. hahaha.. Ye la, masa tulis entry tu mungkin kita tak fikir panjang, ataupun mungkin kita nak lepaskan geram.. Tapi bila kita dah sejuk, kita lupa nak 'sorok' balik entry tadi.. huhuhu..


LTF = Live Traffic Feed


Macam trafik yang masuk hari ni.. Aku tengok balik entry berkenaan apa.. Dan secara tak langsung, aku ternampak satu kesalahan ejaan kat dalam entry aku tu.. Aku ni kalau bab menulis memang tersangat berhati-hati, takut salah ejaan.. Maklumlah BM aku dulu dapat A+.. ahakk.. Tapi dalam berhati-hati tu, tersalah eja jugak.. Terkeluar jugak ejaan yang lain daripada lain.. Maafkan saya cikgu.. heeeee....


Aku dah betulkan dah ejaan yang salah tu... Ada ke nak tulis terjelepok tapi yang ditulis adalah terjepelok.. Merosak bahasa sungguh... hahahaha... Serius, aku memang tak perasan akan kesalahan ejaan ni.. Aduhaii... Mujurlah ada widget Live Traffic Feed (LTF) ni.. Dapat jugak aku kesan dan perbaiki kesalahan yang ada..


p/s: Aku sangat berbesar hati jika ada orang yang sudi menegur kesalahan ejaan kat entry aku.. Itu bermakna bahawa orang itu sayangkan bahasa kebangsaan kita.. Tapi ada jugak orang yang tak suka bila kita tegur kesalahan ejaan dia.. Hmmmm je laa.. hehhh...

Nak post iklan meniaga, masuk sini laa... hehh...

Assalamualaikum...

Nak post iklan meniaga, masuk sini laa... hehh...


Siapa nak buat iklan berniaga, boleh join grup kat bawah ni.. Tak payah la masuk grup yang takde kaitan untuk post iklan niaga anda.. 




Ketahuilah, bukan semua orang suka bila kita post benda yang takde kaitan dengan kehendak grup.. Tak timbul isu dengki atau iri hati.. Sebaliknya kita sendiri kenalah faham dengan kehendak grup yang kita join tu.. Hormat la sikit pada ketidakselesaan para ahli yang lain.. 


p/s: Ya, aku rimas bila tengok iklan yang takde kaitan masuk kat grup yang aku join.. Maaf dan sekian, terima kasih...
.