Assalamualaikum...
Ada hikmahnya memasang widget LTF ni... ahahh...
Aku memang selalu memantau laluan trafik yang masuk kat blog aku ni.. Bukan apa, nak jugak tau apa yang dicari hinggakan tersesat sampai ke sini.. hehh...
Selain daripada itu, ianya sedikit sebanyak menyedarkan aku tentang beberapa perkara.. Entry dah lama, kadang-kadang kita dah lupa ianya berkisah tentang apa.. Jadi, jika ada entry yang kita rasa macam isshhhh je, boleh la kita tarik balik semula entry tersebut dan simpan dalam draft.. hahaha.. Ye la, masa tulis entry tu mungkin kita tak fikir panjang, ataupun mungkin kita nak lepaskan geram.. Tapi bila kita dah sejuk, kita lupa nak 'sorok' balik entry tadi.. huhuhu..
LTF = Live Traffic Feed
Macam trafik yang masuk hari ni.. Aku tengok balik entry berkenaan apa.. Dan secara tak langsung, aku ternampak satu kesalahan ejaan kat dalam entry aku tu.. Aku ni kalau bab menulis memang tersangat berhati-hati, takut salah ejaan.. Maklumlah BM aku dulu dapat A+.. ahakk.. Tapi dalam berhati-hati tu, tersalah eja jugak.. Terkeluar jugak ejaan yang lain daripada lain.. Maafkan saya cikgu.. heeeee....
Aku dah betulkan dah ejaan yang salah tu... Ada ke nak tulis terjelepok tapi yang ditulis adalah terjepelok.. Merosak bahasa sungguh... hahahaha... Serius, aku memang tak perasan akan kesalahan ejaan ni.. Aduhaii... Mujurlah ada widget Live Traffic Feed (LTF) ni.. Dapat jugak aku kesan dan perbaiki kesalahan yang ada..
p/s: Aku sangat berbesar hati jika ada orang yang sudi menegur kesalahan ejaan kat entry aku.. Itu bermakna bahawa orang itu sayangkan bahasa kebangsaan kita.. Tapi ada jugak orang yang tak suka bila kita tegur kesalahan ejaan dia.. Hmmmm je laa.. hehhh...