Assalamualaikum...
Barangan Madu Manta..
Biarpun ada sedikit kemusykilan sebelum tanya, tapi aku tetap nak tanya jugak.. Maka akupun tanya la peniaga tu tanpa melihat betul-betul apa yang ada kat bawah tulisan tu.. Aku cuma fokus kat tulisan tu je.. Yang ni dari Manta ke..? Padahal aku tak pernah dengarpun nama Manta tu.. Kalau mantan tu aku tau la.. ehehh...
Lepas tu diapun cakap la, yang manta sekilo tujuhbelat sambil tunjuk kat longgokan buah berangan kat bawah tu.. Maka akupun tengok la ikut apa yang dia tunjuk..
Rupa-rupanya manta tu mentah..!!! Caiittt....!!! Aku ingatkan buah berangan ni datangnya dari negeri atau daerah atau tempat yang bernama Manta.. Hampeh betul.. Aku siap cakap kat peniaga tu, bukan manta la..., tapi mentah... Dia siap senyum je.. Adoyaiii, rosak bahasa betul laa.. huhuhu..
Yang mentah sekilo RM17.. Yang dah siap masak sekilo RM20.. Baik beli yang dah siap masak.. Masa bila pulak nak pergi cari pasir semua nak goreng buah berangan ni.. Takde la aku serajin itu.. huhuhu..
Aku singgah kat RnR Genting Sempah masa nak balik ke Nilai hari tu.. Memang jadi kebiasaan untuk singgah membeli buah berangan ni.. Dulu yang dah siap masak tu sekilo harga dia RM18 tapi sekarang ni harga dah naik, dah jadi sekilo RM20.. Beli jugak la dua kilo.. Panas-panas lagi tu.. Sekilo tu buat kudap-kudap dalam kereta dan yang lagi sekilo tu untuk adik-beradik mana yang datang kat rumah kakak..
Masa nak balik ke sini, singgah dan beli lagi buah berangan ni dengan peniaga yang sama.. Tapi beli sekilo setengah je.. Sekilo untuk kitorang kudap-kudap hilangkan ngantuk dalam kereta dan yang setengah kilo tu mak aku belikan untuk abang...
p/s: Bab makan, mak selalu ingat kat anak.. Agak-agaknya masa si anak tu makan, dia ingat ke tidak kat mak masing-masing ehh... hehh...
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^