Pages

Friday, January 3, 2014

Resepi roti dari Laura.. :)

Assalamualaikum...

Resepi roti dari Laura.. :)


Resepi roti ni aku ambil daripada website Laura.. Resepi tu adalah resepi untuk cinnamon raisin bread tapi aku cuma ambil resepi untuk doh sahaja.. Aku tak masukkan cinnamon dalam resepi yang aku buat ni..


Masa aku tengok demo kat dalam video kat bawah ni, terus aku rasa teruja nak cuba buat sebab aku tengok doh roti dia lembut sangat.. Kebetulan masa tu adik aku dengan family dia ada balik sini, tu yang aku buat tu.. Dan aku buat untuk sekilo tepung gandum walaupun dalam resepi hanya untuk 500 gram tepung gandum je.. Maka, akupun double-kan la sukatan.. Aku adun semua bahan dengan menggunakan mixer industri aku tu selama lebih kurang 30-40 minit, berhenti sekejap setiap 10 minit..




Dan hasilnya adalah seperti kat bawah ni.. Aku letak inti kelapa dan inti kacang merah.. Ingat nak buat mini pizza tapi bahan-bahan untuk topping semuanya dah boliau.. ahahh... Aku bantai je buat bentuk yang aku suka.. Lagipun kelam kabut buat sorang-sorang.. Dah dekat nak habis baru anak buah datang tolong.. Sabar je laa.. ahahaha...






Dalam ni ada inti kacang merah yang aku buat sendiri... Tak sangka laris pulak roti ni.. Alhamdulillah...


Dalam ni inti kelapa iaitu inti kuih ketayap..




p/s: Resepi boleh refer kat website Linda tu.. Kalau ada masa nanti aku masukkan resepi versi Melayu dalam blog dapo aku tu untuk aku buat rujukan sebab pada aku resepi ni sangat mudah dan menjadi gebunya jika betul-betul di-adun..  Tapi resepi aku nanti takde la bahan yang bernama cinnamon ya.. hehh..


UPDATE
_________


No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^