Assalamualaikum...
Usaha mengelakkan semut naik atas meja makan...
Rumah aku memang banyak semut... Macam-macam jenis semut ada... Merata-rata semut ni.. Kalau kat luar tu, aku takde la nak kisah sangat.. Aku takde la nak 'kacau' hidup dorang.. Tapi bila sang semut ni memanjat meja makan dan mengerumuni makanan yang ada kat situ, itu yang aku tak tahan nak tengok..
Aku dah selalu sangat sembur semut yang naik atas meja makan tu walaupun sebenarnya amalan membunuh semut ni tidak digalakkan.. Aku tau tapi nak buat macam mana... Bila semut dah hurung makanan atau minuman kita, tak kan nak makan balik makanan/minuman tu..? Nak tak nak, terpaksa buang jugak.. Sesekali buang tu takpe la kot.. Tapi bila dah acap kali, tak ke membazir namanya tu..?
Aku letakkan serbuk racun semut kat dalam alas kaki meja tu.. Bukan kaki meja je, malahan kaki pelapik oven aku tu pun aku letak jugak.. Sebabnya, hari tu roti yang aku buat dan letakkan atas oven tu habis kena hurung.. Bukan setakat hurung kat luar roti tu je, malahan semut tu buat sarang pulak dalam roti tu.. Dah banyak membazir kat situ bila roti tu kena buang..
Setakat ni alhamdulillah, takde dah semut naik atas meja makan tu.. Tapi ada syaratnya iaitu kerusi tidak boleh terlalu rapat dengan badan meja.. Kalau tak, nanti semut tu naik ikut kaki kerusi tu pulak.. Macam tu jugak dengan oven tu... Wayar oven tu tak boleh sangkut kat tempat lain.. Kena letak wayar tu atas oven tu jugak.. Kalau tak nanti semut tu jalan ikut wayar tu pulak.. Jadinya sia-sia je letak serbuk racun kat pelapik kaki tu..
p/s: AMARAN: TIDAK SESUAI DIPRAKTIKKAN DI RUMAH YANG ADA ANAK KECIL ATAU ANAK YANG TIDAK MEMAHAMI APA YANG KITA CAKAP (OKU).. Bimbang nanti anak tu 'colek' serbuk racun tu dan masukkan ke dalam mulut.. Dah la pelapik tu warna merah.. Dari jauh dah nampak dah..
Update:
Pelapik ni hanya sementara je.. Sepupu aku ada bagitau ada satu racun semut yang jika kita sembur kaki meja tu, semut tak akan datang bertandang lagi dah.. Aku tengah dok mencari racun semut tu.. Nama racun tu pun aku ingat-ingat lupa dah.. ahaha...
iyo boto tu azz..racun tu bahayo azz..ingat an kok azz lotak air yo..tapi kono selalu ganti lak kan..
ReplyDeleteoh...sangat praktikal...kalau takde racun semut,buh air pun boleh jugak kot kak..
ReplyDeleteKak Erna dan Ummi Arissa>
ReplyDeleteKalau buh air, lama2 nanti reput pulak kaki meja tu.. Pastu nanti ada pulak nyamuk buat sarang kat situ.. Kena guna bekas yang tinggi la sebab kalau guna pelapik tin susu ni, kang habis airnya dijilat dek kucing.. hehehe..
Ada orang letak minyak masak.. Tapi saya nak tak buat sbb takut nanti licin pulak lantai yang dah sememangnya licin tu.. Mana la tau kot2 minyak tu terkeluar ke..
Pelapik ni sementara je ni..
Salam.
ReplyDeleteaha..baru nak sebut letak minyak masak :)
Macam saya dirumah, alhamdulillah, semut tak banyak. Kat almari simpan makanan didapur tu, empat2 kaki almari, abah memang gunakan bekas kosong, isi minyak dalam tu. Memang berkesan.
Tapi, macam akak tulis la..ada budak2 kecik, mmg tak sesuai.. letak minyak masak pun, kdg2 ada semut mati dlm tu kan..kot dibuatnya budak2 ni colek2 dlm tu, kita bukan perasan kdg2 tu.