Assalamualaikum...
DIY: Buat tempat untuk letak baja dalam pasu bunga...
Selalunya orang akan main campak atau tabur je baja kimia kat dalam pasu pokok bunga.. Lepas tu tinggal macam tu tak siram baja tu. Jadinya pokok bunga akan lecur dan mati sebab akarnya panas terkena baja kimia tadi.. Benda ni dah selalu sangat jadi kat pokok bunga rumah aku ni.. Kadang-kadang aku yang buat dan ada masanya mak aku yang buat.. haha..
So, kali ni aku dapat satu idea untuk mengelakkan baja kimia tadi dari bersepah-sepah kat dalam pasu dan merosakkan serta memusnahkan akar pokok tu. Caranya ialah dengan menggunakan batang pvc yang selalu orang gunakan untuk sambung saluran air di bawah sinki dapur..
Potong batang pvc tu dalam anggaran lima hingga enam inci setiap satu.. Gunakan batang pvc yang saiz kecil tapi terpulanglah pada kehendak masing-masing nak gunakan saiz kecil atau besar..
Kemudian, tanamkan batang pvc tadi ke dalam pasu bunga yang dikehendaki.. Tekan sedikit dalam anggaran dua inci ke dalam tanah supaya kedudukan batang pvc tu kejap dan tidak bergerak.. Letakkan batang pvc tu jauh dari pangkal pokok..
Akhirnya, boleh la letakkan baja dalam batang pvc tadi.. Jadi baja tu tidak la bersepah ataupun tercampak masa kita siram pokok bunga tu dengan air dari getah paip.. Kalau siram dengan gayungpun takpe tapi larat ke nak siram pokok yang banyak dengan gayung..?
Ada orang masa dia nak letak baja dalam pasu, dia gunakan skru driver yang panjang tu, lepas tu dia buat lubang dan masukkan baja dalam lubang tadi dan timbus balik lubang tersebut.. Pada aku cara tu leceh sebab kadang-kadang tanah dalam pasu ni keras.. Susah nak cucuk..
p/s: Aku bukan pakar tanaman pokok tapi nak jugak kongsi apa yang aku buat.. Terpulang samada nak ikut atau abaikan..
Terima kasih atas perkongsian idea. Menarik, saya nak cuba. Terus usaha kongsi maklumat berfaedah.
ReplyDelete